ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TANGAN KIRI DALAM PLASTIK DEKAT TONG SAMPAH

Tuesday 2 December 2014

TANGAN KIRI DALAM PLASTIK DEKAT TONG SAMPAH


BUKIT MERTAJAM - Tangan kiri manusia dari paras lengan hingga tapak tangan ditemui dalam beg plastik berhampiran tong sampah di Machang Bubok, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Baharom Abu berkata, tangan kiri itu ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan pada jam 4.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

"Pemeriksaan polis mendapati tangan berkenaan telah terkeluar sedikit daripada beg plastik dan kami percaya ia perbuatan haiwan seperti anjing yang terbau daging," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya polis percaya tangan itu telah dibuang di kawasan berkenaan lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan tangan tersebut serta darah yang telah kering.

Beliau berkata, tangan berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Baharom meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

"Polis tidak dapat pastikan lagi sama ada tangan yang ditemui itu mempunyai kaitan dengan penemuan kepala dan badan sebelum ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment