ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAHNIAH : DS NOOR RASHID IBRAHIM DILANTIK TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

Thursday 4 December 2014

TAHNIAH : DS NOOR RASHID IBRAHIM DILANTIK TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Disember lepas.
   
Menurut kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.
   
"Selaras dengan peruntukan fasal (4) dan (5), Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenankan lantikan Noor Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara," katanya.
   
Noor Rashid, 56, yang berasal dari Yan, Kedah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dari Universiti Malaya, memulakan perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP).
   
Beliau mula berkhidmat sejak Januari 1984 dan antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sungai Petani, Kedah; Pegawai Turus Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah; Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang; dan Timbalan Pengarah III, JSJN, Bukit Aman.
   
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah II, (Logistik/Teknologi Maklumat), Jabatan Logistik Bukit Aman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan Pesuruhjaya Polis Sabah.
   
Lantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib pada 7 September lepas.

No comments:

Post a Comment