ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: Banjir
Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

SATU BOT, SETIAP RUMAH BUKAN KAEDAH PALING BERKESAN HADAPI BANJIR


KUALA LUMPUR: Satu bot bagi setiap rumah yang berisiko dilanda banjir bukan langkah persiapan awal yang berkesan dalam menghadapi bencana itu.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebaliknya menjelaskan semua penduduk terlibat dengan banjir dinasihatkan memilih untuk berpindah lebih awal jika diarah pihak berkuasa.

"Tidak perlu (sediakan bot di rumah). Bagi kita, kita mengajar dan mendidik supaya berpindah sebelum air naik. Kebanyakan mereka ini ada kereta dan motosikal. Kita sudah beritahu awal mana tempat berpindah.

"Jadi kalau nak selamat berpindahlah. Jadi bawalah kereta ke tempat selamat dan jauh.  Kalau tidak, nak pindah bot masa air sudah naik, kereta mereka akan rosak di situ. Malah, tiada perlindungan insurans," katanya semasa ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara di Menara Pertubuhan Peladang di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui pihak berkuasa berdepan cabaran untuk memastikan mangsa banjir untuk berpindah lebih awal.

"Nak ajar itu suatu perkara yang sulit sebab kalau nak tunggu air naik atas bumbung baru nak pindah dan mulalah dia (mangsa) kata mana bot, mana penyelamat dan mereka akan menyalahkan orang. Jadi soal menjaga diri dan keluarga bermula dari diri sendiri," katanya lagi.

Dalam pada itu, mengulas langkah menjadikan kaedah pengurusan banjir di Kemaman sebagai penanda aras menghadapi bencana itu seluruh negara, beliau menjelaskan, setiap persediaan awal perlu bermula daripada peringkat bawah.

"Ramai orang mereka fikir kesalahan di peringkat atas, mana helikopter dan sebagainya. Namun, kalau tiada persediaan dari bawah, mana helikopter nak mendarat, mana nak simpan barang makanan dan sebagainya.

"Kalau dilihat di Kemaman, ia telah dimulakan sekarang. Kita ada 74 pusat pemindahan yang boleh menampung 40,000 orang. Semua kita sudah lakukan daripada sekarang," kata Ahli Parlimen Kemaman itu.

Malah, jumlah ibu yang bakal melahirkan anak semasa banjir berkenaan juga diambil perhatian pihaknya.

"Misalnya berapa ramai ibu mengandung yang kemungkinan berlaku kelahiran pada November hingga Januari. Apa jua bentuk bantuan awal inilah yang kita telah lakukan. Kaedah ini boleh dikongsi dengan tempat lain," jelasnya.


Ditanya mengapa cara pengurusan banjir di Kemaman dipilih untuk digunapakai di semua kawasan banjir ini jawapan beliau:

"Kemaman dalam banjir lepas, ia paling tinggi menerima mangsa banjir berpindah. Ada 32,000 orang yang berpindah tetapi Alhamdulillah tidak banyak isu yang timbul sebab persiapan awal. Jadi inilah yang akan dikongsi," ujar beliau lagi.
Awani

Sunday, 11 January 2015

AGIHAN RM500 MANGSA BANJIR BERDASARKAN 3 KATEGORI



KOTA BHARU - Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan berkata agihan fasa pertama bantuan kerajaan sebanyak RM500 akan diberi kepada mangsa banjir di negeri ini yang berpindah ke pusat pemindahan yang digazetkan.

Fasa berikutnya melibatkan mangsa yang berpindah ke rumah sanak saudara atau pusat pemindahan yang tidak digazet, serta kumpulan yang tidak berpindah tetapi terkepung oleh banjir.

Senarai nama mangsa banjir yang dimuktamadkan pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan dikemukakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selewat-lewatnya 16 Jan dan akan dipamerkan di Pejabat Tanah dan Jajahan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk semakan, kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
   
Mana-mana mangsa banjir yang tercicir daripada senarai itu boleh mengemukakan rayuan untuk dipertimbang menerima bantuan ihsan itu, menurut kenyataan itu.
   
Semalam, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.   
   
Sementara itu, jawatankuasa itu memutuskan senarai rumah yang musnah sepenuhnya akibat banjir hendaklah disediakan melalui perbincangan pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
   
Ia menarik perhatian bahawa tiga jenis penempatan akan dilaksanakan iaitu penempatan serta-merta di bawah MKN serta penempatan sementara dan pembinaan rumah kekal oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau badan bukan kerajaan (NGO).
   
Pembinaan rumah kekal akan diseragamkan dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik untuk keselesaan mangsa.

Setakat ini, 2,677 rumah dikenal pasti musnah sepenuhnya akibat banjir yang melanda negeri ini bulan lepas.

Rumah yang rosak tetapi boleh dibaiki akan dikenal pasti oleh Pejabat Jajahan manakala jawatankuasa berkenaan akan menentukan bentuk bantuan kepada mangsa. - Bernama

JUMLAH KESELURUHAN MANGSA BANJIR DI EMPAT NEGERI MENURUN


Jumlah keseluruhan mangsa banjir di kesemua pusat pemindahan di empat negeri terlibat banjir menurun kepada 10,346 orang setakat 9 pagi ini berbanding 12,971 malam tadi.

Namun, dua pusat pemindahan baharu dibuka di Bentong, Pahang pada 12 tengah malam tadi selepas dua kampung di daerah itu dinaiki air.

Kedua-dua pusat itu menempatkan sebanyak 99 mangsa banjir melibatkan 23 keluarga dari Kampung Chergar Medang dan Kampung Batu 1 Chamang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang bagaimanapun berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di negeri itu menurun kepada 5,256 orang pagi ini berbanding 7,807 orang malam tadi.

Sebanyak 29 pusat pemindahan dibuka dengan Pekan menempatkan mangsa paling ramai iaitu sebanyak 2,675 orang diikuti Kuantan (888); Maran (848); Temerloh (437); Rompin (262); Bentong (99) dan Bera (47).

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong berkata laluan Bentong-Raub telah ditutup kepada semua kenderaan selepas berlaku hakisan teruk akibat arus deras di jambatan Kampung Baru Bentong. Pengguna dinasihat menggunakan jalan alternatif Bentong-Lebuhraya Karak-Cinta Manis-Sertik-Mempaga atau Lebu-Raub atau Sertik-Kuala Krau.

Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan berkurangan daripada 2,735 orang malam tadi kepada 2,661 orang pagi ini.

Beliau berkata sebanyak 14 pusat pemindahan masih dibuka dengan Perak Tengah mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 1,965 orang, Hilir Perak (465), Manjung (155) dan Hulu Perak (76).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata jumlah mangsa banjir di 27 pusat pemindahan di negeri itu kekal sebanyak 2,366 orang seperti yang direkodkan malam tadi dengan Gua Musang menempatkan sebanyak 1,157 mangsa, Kuala Krai (1,016), Machang (100) dan Tanah Merah (93).

Di JOHOR, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Segamat juga kekal 63 orang seperti direkodkan malam tadi.

Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat masih terputus hubungan, katanya.
BERNAMA

Sesi Persekolahan 41 Sekolah Ditunda Seminggu Lagi - KP Pelajaran

Berikut ialah senarai sekolah yang ditunda permulaan persekolahan:

Perak
1. SK Bandar (Perak Tengah) 2. SK Bandar Tua (Perak Tengah) 3. SK Pulau Tiga Kiri (Perak Tengah) 4. SK Tok Pelita (Perak Tengah) 5. SK Lambor Kanan (Perak Tengah) 6. SK Tanjung Bidara (Perak Tengah) 7. SK Pasir Panjang Hulu (Perak Tengah) 8. SK Pulau Juar (Perak Tengah) 9. SK Selat Pulau (Perak Tengah) 10. SK Changkat Banjar (Perak Tengah) 11. SK Pasir Kubu (Perak Tengah) 12. SK Teluk Kepayang (Perak Tengah) 13. SMK Sultan Muzaffar Shah 1 (Perak Tengah) 14. SMK Sungai Ranggam (Perak Tengah) 15. SMK Dato Maharajalela (Perak Tengah) 16. SABK Ehyak Diniah (Perak Tengah) 17. SMK Lambor Kiri (Perak Tengah) 18. SK Kayan (Manjung) 19. SJK (T) Kayan (Manjung)

Kelantan
1. SMK Dabong (Kuala Krai) 2. SK Dabong (Kuala Krai) 3. SK Kemubu (Kuala Krai) 4. SK Lela Jasa (Kuala Krai)

Pahang
1. SMK Pulau Tawar (Jerantut) 2. SK Kampung Pagi (Jerantut) 3. SK Gintong (Jerantut) 4. SMK Paloh Hinai (Pekan) 5. SMK Dato Mahmud Mat (Pekan) 6. SK Mambang (Pekan) 7. SK Langgar (Pekan) 8. SK Temai (Pekan) 9. SK Kampung Acheh (Pekan) 10. SK Pulau Rusa (Pekan) 11. SK Pulau Manis (Pekan) 12. SK Ganchong (Pekan) 13. SK Kinchir (Pekan) 14. SK Tanjung Medang (Pekan) 15. SK Sri Mualana 16. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (Pekan) 17. SMK Lepar (Pekan) 18. SK Ubai, Pekan (Kuantan)

Friday, 9 January 2015

BANJIR : DUA JALAN UTAMA DI RAUB TUTUP


Hujan lebat sepanjang hari di Raub menyebabkan dua jalan utama di kawasan berkenaan ditutup kepada kenderaan ringan kira-kira jam 6.40 petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Anuar Hassan berkata, dua jalan terbabit adalah Jalan Bentong-Kota Bharu dan Jalan FELDA Krau-Raub, berhampiran tapak projek Universiti Teknologi Mara(UiTM), di sini, selepas dinaiki air kira-kira 300 milimeter (mm).

"Jalan berkenaan dinaiki air sepanjang 300 dan 1,000 meter menyebabkan ditutup serta merta kepada kenderaan ringan petang tadi.

"Namun, setakat ini tiada mangsa banjir dipindah dan pasukan penyelamat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.
HMetro

Thursday, 8 January 2015

KEMAMAN KEMBALI DILANDA BANJIR

Banjir

KUALA LUMPUR - Daerah Kemaman, Terengganu kembali dilanda banjir dengan tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 125 mangsa daripada 37 keluarga malam ini.

Perkembangan terbaharu itu, bagaimanapun tidak meningkatkan bilangan mangsa banjir yang turut melibatkan Pahang, Kelantan dan Perak kerana jumlahnya menurun iaitu 21,491 orang berbanding 21,938 petang tadi. 

Di TERENGGANU, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata 125 penduduk yang terjejas banjir di Kemaman, ditempatkan di Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Kubu, Berek Pegawai Ladang Sungai Mas dan Masjid Lama Padang Kubu.

Difahamkan banjir kembali melanda kawasan rendah di Kemaman, berikutan hujan lebat yang turun di pedalaman dan ditambah air laut pasang.

Di PAHANG, jumlah mangsa turun sedikit kepada 14,494 orang di 61 pusat pemindahan dalam lima daerah berbanding 14,612 orang petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Pekan menempatkan mangsa pemindahan paling ramai iaitu 9,783 orang diikuti Maran (2,618), Kuantan (1,012), Temerloh (913) dan Bera (168).
    
Daerah Raub kembali dilanda banjir apabila dua jalan utama dinaiki air menyebabkan laluan di Kilometer 1 Jalan Felda Kerau berhampiran projek Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditutup kepada semua kenderaan selepas air naik di atas jalan setinggi satu meter sejauh 300 meter.

Kilometer 39 Jalan Bentong-Raub pula hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas air naik setinggi 0.35 meter sepanjang 500 meter.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah berkenaan.

Penurunan turut dicatatkan di KELANTAN yang merekodkan 2,749 mangsa di 27 pusat pemindahan berbanding 3,203 mangsa di 32 pusat pemindahan petang tadi.

Jurucakap MKN Kelantan berkata mangsa banjir itu berada di jajahan Kuala Krai (1,399), Gua Musang (1,157), Tanah Merah (93) dan Machang (100).   

Di PERAK, jumlah mangsa banjir tidak menunjukkan perubahan iaitu 4,123 mangsa daripada 1,116 keluarga di 21 pusat pemindahan di lima daerah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata bilangan mangsa di Perak Tengah ialah 3,158 orang, Hulu Perak (454), Hilir Perak (296), Manjung (160) dan Kuala Kangsar (55). - Bernama

Wednesday, 7 January 2015

KAMPUNG BERUBAH JADI 'PANTAI' !!!

Keadaan pulau sungai yang terletak berhampiran Kampung Dusun Nyiur, dekat Kuala Krai,
selepas dilanda banjir besar, minggu lalu

KUALA KRAI - Sebuah kampung tradisional di tebing Sungai Kelantan, dekat sini, berubah menjadi seperti perkampungan pesisir pantai kerana dilitupi pasir akibat banjir besar yang melanda kampung itu, minggu lalu.

Bukan sahaja di kawasan bekas tapak rumah yang hanyut, jalan utama menghubungkan penduduk dengan bandar Kuala Krai serta tanah perkuburan Islam di kampung itu juga ditenggelami pasir yang dibawa arus banjir berkenaan.

Lebih menyedihkan, kesemua 23 keluarga di kampung itu kini hilang tempat tinggal apabila buat pertama kali dalam sejarah kampung tersebut, arus deras Sungai Kelantan melimpah dan menghanyutkan rumah mereka.

Ada juga beberapa rumah masih kekal di tapak asal tetapi keadaannya rosak teruk dan tidak lagi selamat untuk didiami, manakala rumah lain sama ada hanyut entah ke mana atau ‘beralih’ tempat.

Berteduh di bawah khemah

Seorang wanita berusia 67 tahun yang tinggal berseorangan di sebuah rumah di tebing sungai itu antara yang menjadi mangsa bencana itu apabila rumahnya dihanyutkan arus banjir.

Wanita terbabit, Sapinah Ibrahim berkata, bencana itu menyebabkan dia hilang tempat tinggal dan kini terpaksa berteduh di bawah khemah seperti penduduk lain.

“Masa air sungai melimpah masuk ke kampung ini, saya tidak berada di rumah dan bila saya nak balik, jalan masuk ke kampung ini sudah ditenggelami air.

“Bila banjir makin teruk, saya dihantar ke pusat pemindahan pada hari sama dan hanya dapat balik tengok keadaan rumah, tiga hari lalu tetapi semuanya sudah tidak ada,” katanya, semalam.

Sapinah, yang berasal dari Machang dan mempunyai empat anak bekerja di perantauan berkata, banjir itu adalah yang paling besar pernah disaksikan sepanjang hayat hidupnya.

“Paling tinggi air banjir pernah naik di depan rumah saya hanya setakat paras betis dan itu pun banjir darat, bukannya air sungai melimpah naik seperti minggu lalu,” katanya.

Pasir dari pulau berdekatan

Menurut imam kampung itu, Azman Ahmad atau lebih dikenali sebagai Haji Din, pasir yang melitupi perkampungan itu dipercayai berasal dari sebuah pulau sungai bersebelahan penempatan berkenaan.

Katanya, pasir pulau itu dipercayai dihanyutkan arus deras apabila air sungai berkenaan melimpah masuk ke kampung itu.

“Sebelum banjir minggu lepas, pulau ini hijau kerana penuh dengan pokok dan tumbuhan tetapi sekarang hanya tinggal pokok mati dan pasir,” katanya yang turut hilang rumah dalam kejadian itu.

Tambahnya, berdasarkan cerita generasi awal penduduk, kawasan itu asalnya sebahagian daripada kampung itu sebelum berubah menjadi pulau akibat banjir besar pada 1942.

“Sebelum banjir itu, ada penduduk dikatakan bercucuk tanam di kawasan tersebut kerana antara pulau dan kampung ini hanya dipisahkan dengan sebatang parit kecil.

“Kalau banjir 1942 menyebabkan kawasan itu jadi pulau, banjir minggu lalu pula menjadikan kampung ini ‘padang jarak, padang tekukur’ dan berubah jadi seperti kawasan tepi pantai,” kata Azman.

Dapat perhatian banyak pihak

Mengenai bantuan makanan, Azman berkata, penduduk bernasib baik apabila penderitaan mereka mendapat perhatian banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari luar Kelantan.

“Hari ini (semalam) pun ada sukarelawan dari Pokok Sena, Kedah yang datang bantu bina khemah untuk penduduk jadikan sebagai tempat tinggal sementara.

“Khemah didirikan di tapak asal rumah yang hanyut dan paling diperlukan penduduk sekarang ialah bantuan seperti tikar, bantal dan kain selimut,” katanya.
SH

Monday, 5 January 2015

VIDEO MANGSA BANJIR DODOIKAN ANAK TIDUR !!!


Beberapa hari lalu, beberapa portal ada menyiarkan laporan berhubung status pengguna laman sosial Facebook `Kitalah Malaysia’ yang telah memuat naik satu video menunjukkan seorang bapa mendodoikan anak lelakinya tidur semasa ditimpa bencana banjir.

Dalam video yang sepanjang 43 saat itu, bapa kanak-kanak tersebut mempunyai cara tersendiri untuk menidurkan anaknya apabila meletakkan kanak-kanak tersebut di dalam sebuah kotak polisterin sambil mendodoikannya di dalam banjir.

Bapa tersebut turut membacakan alunan zikir-zikir munajat hingga anaknya itu terlena dalam keadaan duduk di dalam kotak polisterin tersebut.

Sunday, 4 January 2015

MENTERI BESAR BUAT U-TURN PUNCA BANJIR DI KELANTAN

Menteri Besar Kelantan

Memang betullah tanggapan umum selama ini, orang PAS baik pemimpin kecil, pemimpin besar apatah lagi para penyokongnya terdiri daripada golongan berlidah biawak yang akan sanggup melakukan apa-apa sahaja hatta menjilat lubang dubur Lim Guan Eng.


Barangkali sebab sudah berpuas hati kerana Najib dan Kerajaan Persekutuan memberikan janji, segala bantuan akan diberikan kepada rakyat Kelantan yang terjejas kerana banjir, membuatkan Menteri Besar Kelantan itu berasa sudah sampai masanya untuk dia mempamerkan belang PAS yang sebenar iaitu CEPAT-CEPAT U-TURN bagi mengelakkan kemarahan luar biasa Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Apatah lagi berbanding Ahmad Yaakob, ‘Menteri Besar Tak Jadi Kelantan’ Husam Musa dengan bantuan Salahuddin Ayob kelihatan lebih cergas menyerang Kerajaan Persekutuan, Petronas dan Tenaga Nasional dalam usaha untuk menutup punca sebenar banjir besar berserta kayu-kayu balak yang memusnahkan lebih 2000 rumah mangsa banjir.

Tentu sekali faktor itulah yang menyebabkan Ahmad Yaakob menyatakan hari ini, penerokaan tanah dan pembalakan tidak terkawal di Hulu Kelantan bukanlah punca banjir besar sebaliknya yang menjadi punca adalah HUJAN LEBAT!

Pasti sebahagian daripada kita pernah mendengar alasan HUJAN LEBAT, kan?

Lim Guan Eng ketika ditanya mengapa Pulau Pinang yang kononnya sangat maju di bawah pentadbiran DAP, berhadapan dengan masalah banjir yang sangat kerap. Jawap Lim Guan Eng, kalau hujan tak lebat, tak adalah banjir.

Alasan yang sama nampaknya digunakan oleh Ahmad Yaakob. Daripada menjadikan pembalakan dan penerokaan tanah sebagai salah satu punca banjir besar di Kelantan yang telah membunuh 21 orang selain memusnahkan rumah penduduk, Ahmad Yaakob memilih untuk tidak menyalahkan industri haram berkenaan.

Sebaliknya dia berkata, banjir besar disebabkan hujan lebat di Hulu Kelantan. Pembalakan bukan punca kerana Kerajaan Negeri Kelantan telah pun membekukan lesen pembalakan semenjak tahun 2006 lagi. Namun Ahmad Yaakob terlupa bahawa Upaya Padu Plantation Sdn. Bhd. yang dimiliki oleh Ngeh-Nga dari Perak telah diberikan hak membalak dan meneroka tanah pada tahun 2008. Begitu juga dengan penerokaan-penerokaan tanah kononnya untuk Ladang Rakyat tetapi sehingga kini, Ladang Rakyat langsung tidak memberikan sebarang pulangan kepada Kerajaan Negeri Kelantan apatah lagi kepada rakyat Kelantan.

Sudah terang lagi bersuluh. Kawasan Hulu Kelantan memang teruk dikerjakan oleh tangan-tangan tamak yang bukan sahaja menggondolkan segala hutan, tetapi juga menjadikan kawasan yang sepatutnya sebagai tebatan banjir semulajadi itu sebagai kawasan maut yang bila-bila masa sahaja boleh runtuh dan terhakis untuk membunuh seluruh penduduk Gua Musang, Kuala Krai dan sebagainya.

Sehingga kini, tiada sebarang berita yang menyatakan syarikat-syarikat atau kroni-kroni yang diberikan hak membalak di Hulu Kelantan mahu mengeluarkan perbelanjaan untuk membantu rakyat Kelantan sebaliknya Husam Musa dan kroni-kroninya seperti Nga Kor Ming melalak menyalahkan Kerajaan Pusat sekalipun yang memusnahkan alam sekaligus mengganggu biologi adalah mereka sendiri.

Maka wujudlah pertanyaan, adakah sebenarnya Ahmad Yaakob telah digertak oleh Husam Musa yang tiba-tiba sahaja muncul semasa isu banjir ini dan kembali meraih perhatian dengan pelbagai kenyataan-kenyataan bodohnya, termasuklah menyalahkan TNB dan Empangan Kenyir kerana banjir di Gua Musang? Adakah sebenarnya Menteri Besar Kelantan itu mahu menyaingi populariti Husam Musa yang tiba-tiba sahaja terpacul kerana membangkitkan kembali isu yang dia telah kalah di medan perundangan iaitu ROYALTI MINYAK?
-mykmu

VIDEO TEKSI PROTON ISWARA 'MENYELAM' SEMASA BANJIR 2014 DI PAHANG MENJADI VIRAL

Ketika orang ramai berkumpul kerana takut untuk mengharungi air banjir,mereka dikejutkan dengan sebuah kereta iswara teksi yang nekad mengharung air banjir.Kereta itu seperti menyelam dalam air banjir kerana hanya nampak cermin hadapan.Ramai yang melihat kejadian itu yakin bahawa kereta itu akan mati ditengah-tengah banjir kerana dimasuki air,namun telahan itu silap.

Kereta itu dengan gah melalui kumpulan orang ramai yang terpinga-pinga melihat kereta Iswara itu berjaya mengharungi banjir.Orang bawa teksi  memang otai bawa kereta.Kejadian berlaku ketika banjir di Pahang 2014.

#BANJIR : HENTIKAN SEGERA AKTIVI PEMBALAKAN DI TANAH TINGGI LOJING (VIDEO INSIDE)


Kerajaan negeri Kelantan digesa supaya menghentikan segera aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian di Ulu Kelantan terutama di Tanah Tinggi Lojing.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata jika aktiviti tersebut masih diteruskan sama ada oleh syarikat atau individu, ia akan menambahkan lagi kesan buruk kepada alam sekitar dan banjir lumpur boleh berulang.

"Masalah ini bukan baharu tetapi sudah kerap kali dibangkitkan pelbagai pihak termasuk masyarakat Orang Asli yang tinggal di sekitar Lojing," katanya kepada Bernama.

Kegiatan pembalakan dan pembukaan tanah untuk pertanian di kawasan berbukit di Ulu Kelantan dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada berlaku banjir besar baru-baru ini sehingga lebih 104,000 penduduk Kelantan terpaksa berpindah.

Ab Aziz yang meninjau kawasan Tanah Tinggi Lojing sebulan lalu mendapati berlaku pembukaan tanah yang luas untuk pertanian.

"Keadaan beberapa sungai di Lojing khususnya Sungai Belatop kerap kali melimpahi tebing apabila hujan lebat dan ini membuktikan tidak ada lagi zon penampan untuk kawalan hakisan sungai.

“Air sungai di Lojing mengalir deras menuju sungai Galas dan Nenggiri sebelum memasuki Sungai Kelantan di Kampung Kemubu, Kuala Krai,” katanya yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Sendrop, Rashid Akaoh berkata kerajaan negeri tidak memberi perhatian terhadap aduan penduduk sebelum ini.

"Kami bukan mereka-reka cerita mengenai perkara ini dan kini jelas apabila banyak kawasan mengalami hakisan serta menjejaskan keselamatan penduduk," katanya.

Seorang penduduk Isa Alang, 33, pula berkata kini boleh dikatakan kebanyakan perkampungan Orang Asli dikeliligi ladang sayur di Pos Brooke dan Lojing yang dimonopoli orang luar dari Kelantan - Bernama

Saturday, 3 January 2015

VIDEO : KETAKSUBAN MELAMPAU PADA NIK AZIZ #BANJIR 2014

Ni ada satu cerita just nak kongsi dengan rakyat Malaysia semua. Umumnya semua maklum sangat dengan situasi dan kesan banjir yang melanda Pantai Timur ketika ini. Memang teruk. Malah ada yang menyamakan situasinya seolah-olah sama dengan kesan tsunami.

Namun, rupa-rupanya ketaksuban Macai PAS kepada Nik Aziz tidak dapat disembunyikan walau ketika mereka ditimpa musibah. Mereka seperti "Beriman" bahawa gambar Nik Aziz terpelihara dan "dijaga" daripada terkena lumpur...... Tanda ia satu karamah.

"Allah 'selamatkan' gambar frame Tok Guru Nik Aziz saja?" 

Surau, masjid, mushaf2 Quran semua rosak kena lumpur tapi gambar Nik Aziz sekeping dalam frame tak kena (kononnya) macai Pas beriman adalah karamah.

Nik Aziz lagi suci dan mulia dari Al-Quran di sisi macai. 

Musykilnya, Nik Aziz sendiri menjadi mangsa banjir.

Anda tengok video ni sendiri....

Wallahu alam

MANGSA BANJIR DI ENAM NEGERI CATAT PENURUNAN SETAKAT 7 PETANG INI

Mangsa banjir di enam negeri catat penurunan setakat 7 petang ini

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di enam negeri semakin beransur pulih apabila bilangan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Sabah mencatatkan penurunan setakat 7 petang ini berbanding tengah hari tadi.

Di KELANTAN jumlah mangsa banjir menurun kepada 9,877 orang daripada 2,380 keluarga yang masih berada di 91 pusat pemindahan berbanding 9,957 orang pada tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata jumlah mangsa yang direkodkan adalah di Tanah Merah dengan 1,668 orang, Kuala Krai (3,636), Machang (2,419) dan Gua Musang (2,154).

Pusat pemindahan di Tumpat ditutup sepenuhnya pada petang ini.

Di TERENGGANU, keseluruhan banjir hampir pulih apabila jumlah mangsa di pusat pemindahan daerah Dungun menurun kepada hanya 44 orang berbanding 143 orang tengah hari tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, kesemua mangsa tersebut adalah sebahagian daripada mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Durian Mentangau.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun sedikit kepada 42,703 orang berbanding 42,938 tengah hari tadi yang ditempatkan di 183 pusat pemindahan dalam tujuh daerah yang terjejas.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata tujuh daerah yang masih terjejas itu ialah Temerloh menempatkan 20,909 orang, Pekan (11,096), Jerantut (3,659), Bera (3,416), Maran (2,149), Kuantan (1,074) dan 400 orang di Lipis.

Di PERAK, jumlah mangsa banjir yang direkodkan menurun kepada 6,653 daripada 1,820 keluarga pada petang ini berbanding 6,775 orang tengah hari tadi.

Jurucakap MKN Perak berkata kesemua mangsa masih berada di 42 pusat pemindahan di lima daerah iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung dan Hilir Perak.

Mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun sedikit kepada 5,056 orang, begitu juga di daerah Kuala Kangsar (460), Hilir Perak (272) dan Manjung (140) manakala di Hulu Perak kekal pada 725 orang.

Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir menurun kepada 86 mangsa daripada 18 keluarga berbanding 116 orang tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor berkata 30 orang yang ditempatkan di Sekolah Agama Kampung Kuala Paya di daerah Segamat, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga kini, hanya lima pusat pemindahan yang masih aktif iaitu di Sekolah Kebangsaan Kota Dalam di daerah Batu Pahat yang menempatkan 28 orang dan empat lagi di daerah Segamat iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Simpang Loi (11 orang), Balairaya Kampung Batu Badak(28 orang), Balairaya Kampung Tandung (10 orang) dan Balairaya Kampung Sanglang (sembilan orang).

Sementara itu, di SABAH, jumlah mangsa banjir yang masih berada di empat pusat pemindahan di empat daerah negeri ini menurun kepada 1,023 orang daripada 268 keluarga pada petang ini berbanding 1,105 orang daripada 335 keluarga tengah hari tadi.

Jumlah mangsa di daerah Kudat bagaimanapun mencatatkan peningkatan mendadak kepada 864 orang daripada 234 keluarga berbanding 265 orang daripada 65 keluarga tengah hari tadi dan mereka ditempatkan di pusat pemindahan banjir di SK Sikuati.

Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim berkata peningkatan mendadak itu disebabkan peningkatan paras air Sungai Korina kepada 2.68 meter iaitu melepasi paras bahaya 2.2 meter.

Di daerah Pitas pula jumlah mangsa banjir ialah 139 orang daripada 29 keluarga dan ditempatkan di pusat pemindahan SK Rokum dan Dewan Gereja Kampung Kebatasan.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam berkata operasi dua pusat pemindahan banjir di daerah itu iaitu Dewan Tun Said dan Dewan Chung Hwa ditutup kira-kira jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun katanya pusat pemindahan banjir di Dewan SMK Taun Gusi di daerah berkenaan masih beroperasi kerana terdapat 20 mangsa daripada lima keluarga belum dapat pulang ke rumah masing-masing.
AstoAwani

BERITA PALSU BANJIR :14 INDIVIDU DIMINTA TAMPIL BANTU SIASATAN


CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.

“Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan,” kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.

Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.

Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:

1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.

2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan
ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan

3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.

4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang

5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah

6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, 
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor
iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang

7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor
ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang

8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka

9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang

10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan

Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.

Friday, 2 January 2015

AMARAN HUSAM : JAGA KERUSI PAS, JANGAN "HANYUT" SELEPAS BANJIR !!!



Parti pemerintah kerajaan negeri Kelantan, PAS perlu menjuarai program pembangunan negeri itu yang dilanda banjir bagi memastikan 24 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu terlibat dalam musibah berkenaan tidak turut sama 'hanyut', kata Datuk Husam Musa.

Naib presiden PAS itu berkata, meskipun mereka tidak mempunyai keupayaan seperti kerajaan pusat daripada segi kewangan dan kepakaran, PAS perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat rakyat.

"Ada 27 DUN terlibat banjir (di Kelantan), kalau kita tidak jaga ini, semua hanyut sekali. Saya tidak mahu tengok DUN kita hanyut," kata Husam dalam program Malam Amal, Kelantan Pasca Banjir, "The Untold Story" anjuran Yayasan Darul Hijrah di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Cara sesetengah pemimpin kata, seperti mahu gunakan kesempatan ini untuk meluaskan pengaruh politik mereka.

"Kita tidak boleh bina rumah seperti kerajaan pusat bina, tetapi kita mahu dilihat, mengetuai misi banjir mega Kelantan 2014. Saya mahu tuan puan bantu kami daripada segi itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM500 juta bagi setiap negeri yang dilanda banjir.

Peruntukan itu merupakan tambahan kepada bantuan RM50 juta melalui Kementerian Kewangan yang diumumkan pada 25 Disember lalu, khusus bagi operasi menyelamat dan penghantaran barangan keperluan kepada mangsa banjir.

"Ringkasnya banjir ini paling hebat, paling luar biasa," kata Husam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) seperti tidak bersedia menghadapi banjir besar berkenaan sehingga mengakibatkan penduduk terlibat gagal bersiap sedia sekali gus mengalami kerugian besar susulan kehilangan harta benda dan kemusnahan kediaman mereka.

"Mungkin mereka terkejut, tetapi sebagai kerajaan mereka tidak boleh terkejut, mereka ada saluran.

"Kalau kerajaan Malaysia ada sistem simulasi yang kemas, sudah boleh beritahu dalam hebahan, air akan tiba jam sekian-sekian, tetapi tidak...kerajaan kata ini banjir biasa. Tak payah bimbang, terkawal," katanya.

Husam berkata, dakwaan beberapa pihak yang berkata banjir besar di Kelantan berpunca daripada 'hukuman' Allah kerana hudud juga tidak masuk akal.

"Orang kata hukuman kerana mahu laksana hudud, bukan macam itu. Dalam konteks Kelantan kita tidak boleh kata hukuman, lima kali pilihan raya orang Kelantan sokong negeri yang mahu laksana enakmen jenayah syariah, yang kena hukuman patutnya orang Johor, Negeri Sembilan, enakmen jenayah Islam tiada," katanya, berseloroh.

RakyatNews

FAKTA DISEBALIK BANJIR TERBURUK DI KELANTAN !!!


Banjir yang melanda negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia akhirnya mendedahkan sesuatu. Selain daripada sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali PAS yang menjadikan Terengganu dan Kelantan sebagai kubu mereka, turut dilihat ialah bagaimana liciknya DAP dan PKR mencuri kredit daripada kerja-kerja bantuan, kebajikan dan kemanusiaan yang telah dilakukan dengan penuh susah payah oleh UMNO-BN pada peringkat awal negeri-negeri terbabit dilanda banjir.
Sekarang, banjir sudah mulai surut di beberapa kawasan. PKR, DAP dan PAS (baca: PASMA) mula meuwar-uwarkan tentang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas banjir. Mereka memberikan publisiti besar-besaran selain mempropagandakan kononnya UMNO-BN tidak memberikan bantuan secara menyeluruh sehinggakan ada yang mati kelaparan dan terbiar selama beberapa hari.
Penghujung 2014 menghadirkan bencana banjir terburuk yang melanda Kelantan dan Terengganu. Berbeza dengan negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan Perak, banjir di Kelantan terlalu buruk sehinggakan jumlah yang dipindahkan mencecah 160,000 orang. Dan sehingga artikel ini ditulis, hampir 150,000 orang masih lagi berada di penempatan-penempatan sementara walaupun pada masa yang sama, banjir sudah mulai surut.
Kerosakan dan kerugian besar yang ditunjukkan di Kelantan, khususnya di kawasan Tumpat, Kuala Krai dan Gua Musang, mempunyai kaitan yang cukup besar dengan pembalakan yang menjadi sumber kekayaan sebilangan pemimpin PAS. Sekurang-kurangnya, tiga orang pemimpin besar PAS Kelantan terbabit secara langsung dengan pembalakan yang turut menyaksikan pembabitan Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming walaupun undang-undang pemilikan tanah tidak membenarkan manusia seperti Ngeh dan Nga memiliki tanah di Kelantan. Apatah lagi, tanah tersebut asalnya milik Yayasan Islam Kelantan sebelum dijual kepada syarikat yang dimiliki oleh pemimpin DAP dari Perak itu.
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dalam satu kenyataan, menyalahkan pembalakan tidak terkawal dan pembalakan haram di Hulu Kelantan sebagai punca banjir besar yang menyebabkan Kelantan kerugian berbilion-bilion ringgit. Pun begitu, dalam masa yang sama, seorang pemimpin ‘buangan’ Kelantan, Husam Musa pula segera mempersoalkan bantuan daripada Kerajaan Pusat kepada Kelantan yang menurutnya tidak cukup, sebaliknya menuntut agar PETRONAS mengeluarkan biaya sebanyak RM3 bilion yang perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Sungguh aneh apabila Husam Musa kemudiannya menyalahkan TNB dan Empangan Tasik Kenyir kerana masalah banjir di Kelantan. Dia langsung tidak berani menyentuh tentang pembalakan dan ladang pemimpin PAS di kawasan Gua Musang yang menjadi punca kepada banjir besar berlumpur yang telah mengorbankan 21 orang dalam banjir di Kelantan.


Thursday, 1 January 2015

52 KONTENA BEKALAN MAKANAN, KEPERLUAN ASAS DIAGIH DI KELANTAN




KOTA BHARU: Biro Kebajikan UMNO sudah mengagihkan 52 kontena berisi barangan makanan dan keperluan asas kepada penduduk terjejas banjir di Kelantan.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ia melibatkan semua 14 kawasan Parlimen di negeri ini.

"Sekarang dari segi bekalan makanan tak ada masalah, tak ada yang kebulur," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melawat dua anggota polis yang cedera selepas sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Kampung Rambai Gobek, Tanah Merah semalam ketika melakukan misi.

Abdul Azeez berkata pihaknya juga akan membantu penduduk yang terjejas banjir dalam mengharungi fasa pasca banjir ini termasuk membersihkan kediaman penduduk.

Katanya lagi, semua pemimpin perlu bersatu dalam memastikan kebajikan rakyat di Kelantan terjamin.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya kini sedang mengumpul sukarelawan dalam kalangan atlet untuk melakukan kerja pembersihan di kediaman dan pusat-pusat latihan sukan terjejas.

Ia akan dimulakan di Kelantan dan Terengganu sebelum diteruskan ke Pahang dan Johor, katanya selepas menghadiri program Atlet Prihatin: Sumbangan Mangsa Banjir di MSN hari ini.

Inisiatif berkenaan setakat ini mengumpulkan sumbangan bernilai RM150,000 merangkumi wang tunai, makanan, pakaian, keperluan persekolahan dan barangan keperluan harian lain. - BERNAMA

BANJIR DI KELANTAN PULIH MENDADAK, SEPARUH MANGSA DIBENARKAN PULANG

Keadaan banjir di Kelantan pulih mendadak apabila hampir separuh jumlah mangsa banjir dibenarkan pulang pagi Khamis.

Menurut Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, jumlah mangsa banjir setakat 10 pagi ini menurun secara mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam Rabu.

Katanya, mereka yang terdiri daripada 10,753 keluarga masih ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Tanah Merah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).

Cuaca di negeri berkenaan juga dilaporkan cerah pagi ini.

Secara keseluruhan jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor ialah 111,855 orang setakat pagi ini.

Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Pahang juga terus menunjukkan tanda-tanda semakin pulih apabila jumlah mangsa di Terengganu terus mencatat penurunan kepada 10,051 orang pagi ini berbanding 11,175 malam tadi.

Di Pahang pula jumlah mangsa banjir pagi ini berkurangan sedikit kepada 50,272 orang berbanding 50,292 orang malam tadi yang kini ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Temerloh masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 21,773 orang di 70 pusat pemindahan.

Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 13,425 orang, Jerantut (4,776 orang), Bera (3,174 orang), Maran (3,021 orang), Lipis (2,745 orang), Kuantan (1,174 orang) dan Rompin (130 orang).

Di Perak pula, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit kepada 7,313 mangsa daripada 1,981 keluarga pagi ini berbanding 7,139 mangsa daripada 1,950 keluarga malam tadi yang kini ditempatkan di 52 pusat pemindahan di lima daerah.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Perak Tengah masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 5,145 orang, Kuala Kangsar (1,231 orang), Hulu Perak (762 orang), Kerian (107 orang) dan Manjung (68 orang).

Di Johor, jumlah mangsa banjir masih kekal 138 orang daripada dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang)