ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: {UPDATE} MANGSA SAMUN DITOREH MUKA KERANA MELAWAN DARI DIROGOL !!!

Monday, 1 December 2014

{UPDATE} MANGSA SAMUN DITOREH MUKA KERANA MELAWAN DARI DIROGOL !!!

rompak pp1
{UPDATE}
PASIR PUTEH - Dua penyamun bertindak ganas menoreh muka dua mangsa kerana cuba melawan mereka dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan, Seri Aman dekat sini, jam 1.40 petang, semalam.

Penyamun bermotosikal itu memasuki rumah mangsa tanpa membuka topi keledar yang mempunyai pelindung muka gelap dan seorang daripadanya menendang pintu bilik air.

Mangsa, gadis berusia 22 tahun yang sedang mandi ditarik keluar ke ruang tamu dan ketika itu suspek menyedari ibu mangsa berusia 58 tahun sedang berehat di ruang dapur.

Suspek mengarahkan gadis itu menanggalkan cincin dipakai ibunya sebelum dia dibawa ke bilik.

Suspek mengambil telefon bimbit iPhone5 milik mangsa dan membuka seluar dipercayai cuba merogolnya tetapi memakai semula seluar apabila rakan memanggilnya keluar.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, suspek yang masuk semula ke bilik menumbuk dan menoreh muka mangsa kerana cuba melawannya.

Ketika suspek keluar dari bilik, gadis tersebut mengunci bilik dan menjerit dari tingkap meminta pertolongan.
SH

LAPORAN ASAL :-
Pasir Puteh Kelantan : Kejadian berlaku disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
Fakta kejadian :
– Pada masa kejadian tersebut terdapat 2 org berada dirumah iaitu mangsa  dan seorang lagi anak mangsa
– Saspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal & masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor.
– Seorang saspek telah menendang pintu bilik air yang mana di dalamnya mangsa sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mendapati emak Mangsa sedang terbaring di ruang dapur rumah.
-Mangsa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk menyerahkan sebentuk cincin yang dipakainya. Mangsa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 .
-Mangsa nampak saspek telah membuka seluar dipercayai mahu rogolnya. Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yang berada diluar bersama dengan ibunya  memanggilnya. Saspek keluar dari bilik dan kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa serat menoreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
-Saspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya mangsa terus mengunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan.
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.
-Pada masa kejadian seorang lagi ahli keluarga turut berada didalam rumah dan bersembunyi di bawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dalam rumah. Mangsa  kemudian telah menghubungi talian 999.
– kedua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
– Mangsa mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.
– Ibu mangsa mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan dan luka pada bibir.
– Barang yang berjaya di samun adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.
Saspek:
– 2 orang lelaki memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yang digunakan saspek tidak dilihat.
– saspek bercakap dlm bahasa Melayu dan disyaki berdialek Kelantan.
Kes disiasat di bawah seksyen 394 kanun keseksaan.
Credit : AAKJ

No comments:

Post a Comment