ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LAPORAN #RCISABAH SAHKAN TIADA "PROJEK IC" DI SABAH

Wednesday 3 December 2014

LAPORAN #RCISABAH SAHKAN TIADA "PROJEK IC" DI SABAH


Laporan Suruhanjaya Siasatan (RCI) pendatang asing di Sabah mendapati tiada sebarang kewujudan pemberian kad pengenalan secara meluas atau 'Projek IC' sepertimana didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Bagaimanapun, RCI mengesahkan terdapat beberapa aktiviti haram berhubung pengeluaran dokumen pengenalan Malaysia secara meluas kepada pendatang atau orang asing.

Statistik dari tempoh 1996 hingga 2000 menunjukkan ketibaan orang Indonesia ialah 457,850 tetapi pelepasan pulang mereka ialah 228,366 orang.

Dalam tempoh sama, direkodkan bahawa ketibaan orang Filipina ialah 210,910 orang dan pelepasan pulang mereka ialah 199,169 orang.

Ianya menunjukkan terdapat jurang besar antara ketibaan dan pelepasan pulang penduduk negara tersebut.

"Orang asing tinggal lebih lama di Sabah disebabkan pekerjaan atau sebab-sebab lain berkaitan sosial dan ekonomi.

"Walaubagaimanapun, perbezaan besar itu menunjukkan bahawa rakyat daripada kedua-dua Indonesia dan Filipina datang dengan menggunakan visa pelawat atau pas sementara tetapi sudahnya menjadi orang yang tinggal melebihi tempoh secara haram sekaligus menjadi pekerja haram di negeri itu,," kata laporan itu.

RCI turut menggariskan syor mewujudkan satu jawatankuasa pengurusan atau majlis perundingan mengenai pendatang atau orang asing yang diketuai oleh profesional bebas yang mempunyai integriti.

No comments:

Post a Comment