ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DADA DAN KEMALUAN DISEMBUR CAT MERAH OLEH TEMAN LELAKI KERANA CEMBURU

Thursday, 11 December 2014

DADA DAN KEMALUAN DISEMBUR CAT MERAH OLEH TEMAN LELAKI KERANA CEMBURU


Lenggong – Gara-gara cemburu kerana mengesyaki teman wanitanya ada kekasih lain, seorang lelaki menyembur cat merah pada dada dan kemaluan wanita terbabit dalam kejadian di Kampung Ulu Lenggong, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintendan Jamalani Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu itu berlaku setelah suspek mengajak mangsa berjumpa dan menjemputnya di rumah sebelum dibawa ke kawasan kebun getah.

Menurutnya, berlaku pertengkaran di lokasi kejadian apabila wanita terbabit dituduh mempunyai kekasih lain sedangkan mereka bercadang untuk mendirikan rumah tangga.

“Pertengkaran itu menyebabkan suspek membuka pakaian wanita terbabit dan merabanya sebelum menyembur cat merah pada dada serta kemaluan mangsa.

“Selesai berbuat demikian, suspek hantar semula teman wanitanya ke rumah sebelum mangsa membuat laporan polis pada malam kejadian,” katanya.

Difahamkan, suspek dan masing-masing berusia 22 tahun serta menjadi pasangan kekasih sejak setahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan dibuat mangsa, suspek dicekup di rumahnya pada hari laporan diterima kira-kira jam 1 pagi dan direman hingga 14 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Tangkapan diketuai Inspektor Ridzuan Ab Aziz itu berjaya membawa kepada penemuan pakaian mangsa dan tin cat di lokasi kejadian.

“Kes sebegini adalah yang pertama berlaku di daerah Gerik sejak saya bertugas, di sini, dua tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Jamalani berkata, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak dan tidak membiarkan mereka terlalu bebas bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.

Menurutnya, orang awam juga diingatkan supaya peka dengan persekitaran kerana ia mungkin boleh menyelamatkan kawasan mereka daripada menjadi sasaran penjenayah.

“Jika ada ternampak kenderaan mencurigakan segeralah catat nombor pendaftarannya, warna dan jenis untuk dilaporkan kepada kita.

“Kerjasama seperti itu memudahkan kenderaan terbabit dikesan kerana berkemungkinan ia digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.

No comments:

Post a Comment