ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 50 % PENERIMA BR1M DI KELANTAN TIADA AKAUN BANK

Thursday, 4 December 2014

50 % PENERIMA BR1M DI KELANTAN TIADA AKAUN BANK

BR1M

KOTA BHARU - Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan menggesa lebih 50 peratus daripada 450,000 orang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kelantan untuk membuka akaun bank bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan.   

Pengarahnya Datuk Makhtar Mustapha berkata, pihaknya juga membuat pengagihan secara manual seperti tahun lalu tetapi lebih menggalakkan penerima untuk membuka akaun bank bagi memudahkan urusan.

Pengagihan bantuan bermula 28 Januari depan. 

"Pengagihan secara manual pada peringkat pertama diberi pada majlis yang akan ditetapkan nanti dalam bentuk baucer. Untuk peringkat kedua serta ketiga dihantar terus kepada penerima di rumah
mengikut alamat yang ditetapkan di borang permohonan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Jualan Kembali ke Sekolah 2015 di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut sebanyak 22 pemilik pasaraya di negeri ini menerima sijil Penyertaan Kempen 'Jualan Kembali Ke Sekolah 2015' dan seramai 40 orang pelajar pula menerima sumbangan barangan persekolahan.

Katanya, Program 'Jualan Kembali ke Sekolah' itu berlangsung selama 51 hari bermula 22 November sehingga 11 Januari 2015.

Ia bertujuan membantu pengguna khususnya masyarakat setempat mendapatkan keperluan persekolahan pada harga yang lebih rendah dan berpatutan.- Bernama

No comments:

Post a Comment