ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SEMUA 'LEFTENAN' ANWAR NAIK PANGKAT : RAFIZI KINI DILANTIK JADI SU AGUNG PKR, PEGANG 2 JAWATAN SELAIN NAIB PRESIDEN

Monday 13 October 2014

SEMUA 'LEFTENAN' ANWAR NAIK PANGKAT : RAFIZI KINI DILANTIK JADI SU AGUNG PKR, PEGANG 2 JAWATAN SELAIN NAIB PRESIDEN


Jika lihat nama-nama yang mengisi jawatan lantikan dalam PKR, memang sah, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang nak 'kepung' habis pucuk kepimpinan PKR daripada 'kartel Azmin' dengan melantik 'leftenan-leftenan' beliau menjadi pembesar parti tersebut.

Antaranya, Rafizi Ramli yang 'kalah percaturan dalaman PKR' selepas Mohamad Azmin Ali berjaya menjadi Menteri Besar Selangor, bukannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikompang beliau.

Sebagai Pengarah Strategi PKR sebelum ini Rafizi mencadangkan 'Kajang Move' dengan menamakan yang berakhir menjadi tragedi pada PKR.

Dalam senarai baru, Rafizi yang merupakan Naib Presiden PKR kini dilantik menjadi Setiausaha Agung parti.

Satu langkah janggal yang dibuat sudah pasti dengan tujuan untuk 'kepung' ibu pejabat PKR.

Manakala Setiausaha Agung PKR sebelum ini Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilantik menjadi pengarah piliharaya bersama anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Jawatan Pengarah Pilihanraya merupakan yang ketiga tertinggi dari segi senioriti sebelum ini disandang oleh Azmin.

Manakala bekas setiausaha politik Anwar yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin dilantik menggantikan Rafizi sebagai Pengarah Strategi.

Semua yang dilantik ini merupakan penyokong tegar Anwar yang sudah pasti akan mempertahankan kepentingan bos mereka daripada kumpulan Azmin yang semakin berkuasa kini.

Wujud kebimbangan kumpulan Azmin (yang disebut kartel Azmin) akan menjadi semakin kuat dalam PKR dengan kedudukan beliau sebagai MB Selangor dan merampas kuasa dalam parti.

Bagaimanapun perkara itu cuba nafikan oleh PKR.

The Star Online melaporkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, perubahan itu adalah amalan biasa untuk memastikan pemimpin yang sesuai mengisi jawatan tertentu bagi memantapkan operasi parti.

"Dengan timbalan presiden dilantik sebagai menteri besar, tentu sekali dia sibuk dengan pelbagai tugas selain dalam parti, sebab itu kita perlu membuat perubahan ini," katanya.

PKR juga melantik dua naib presiden yang baharu, sebagai tambahan kepada tiga yang dipilih baru-baru ini.

Bagaimanapun, seorang lagi naib presiden belum diputuskan dan ia dikatakan akan diisi di kalangan pakar akademik Melayu.

"Dua naib presiden baharu itu adalah Ahli Dewan Undangan Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking.

"Bagaimanapun, kami belum memutuskan nama ketiga untuk jawatan itu. Pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi," kata Zuraida.

Sementara itu, katanya, Fahmi Fadzil kekal sebagai pengarah komunikasi parti.

Pengumuman rasmi berhubung perubahan jawatan dalam parti ini dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

BERIKUT SENARAI PENUH PERLANTIKAN JAWATAN DALAM PKR YANG DIUMUMKAN OLEH PRESIDENNYA DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL PETANG ISNIN

Rafizi Ramli diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agong yang baru selain dari tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden;

Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking dilantik sebagai Naib-naib Presiden;

Datin Paduka Tan Yew Kew dilantik sebagai Bendahari Agong;

Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Bendahari Agong;

Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengarah-pengarah Pilihanraya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerakkerja dan strategi pilihanraya;

Sim Tze Tzin akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Strategi;

Fariz Musa dilantik menjadi Ketua Setiausaha Pengelola;

Fahmi Fadzil dikekalkan sebagai Pengarah Komunikasi;

Sivarasa Rasiah dilantik sebagai Pengarah Guaman;

Fauziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Latihan.

Senarai lantikan penuh yang lain adalah seperti berikut:

Ahli MPP  (Dilantik):
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N. Surendran
Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi Biro:
Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang
Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty
Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S. Manickavasagam
Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen
Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara
Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan: Haji Abas Awang
Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & DUN: Dato Johari Abdul
Pengerusi Biro Masyarakat FELDA & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan
Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani
Pengerusi Biro Kepenggunaan: G. Manivanan
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong
Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah

Ahli Biro Politik Dilantik:
Dr Syed Husin Ali
Dato’ Saifuddin Nasution Ismail
Dato Johari Abdul
Dato’ Dr Mansor Othman
N. Surendran
William Leong

No comments:

Post a Comment