Kuala Lumpur – Siapa nak RM 2,000 sila penuhi permintaan ini. Buktikan gambar intim yang didakwa gambar bekas calon DAP untuk pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya dengan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera , Zairil Khir Johari gambar palsu atau superimpose.
Tawaran ini dibuat oleh Presiden Nadi Rakyat Malaysia, Rafi Awang Kecik untuk mencari kebenaran dalam isu gambar mengaitkan dua pemimpin muda DAP itu yang hangat tersebar di internet.
Rafi telah memuatkan tawaran berkenaan dalam laman facebooknya Rafi Awg Kechik II, Selasa.
Ketika dihubungi,aktivis media sosial itu mendakwa dari pemerhatiannya setakat ini dia secara peribadi masih percaya gambar itu tulin.
“Lainlah kalau ada orang boleh tampil untuk meyakinkan saya gambar itu palsu atau dibuat secara superimpose mengunakan teknik photoshop dan sebagainya ,”katanya.
Rafi juga mempersoalkan kenapa Dyana dan Zairil masih belum membuat laporan polis tentang penyebaran gambar berkenaan.
“Saya tahu mereka telah menafikan itu gambar mereka.Siapapun boleh nafi.Sepatutnya membuat laporan polis agar hal ini boleh disiasat,”katanya.
Kata Rafi beliau amat serius dalam membuat tawaran ini kerana tidak mahu isu gambar ini tiada titik noktahnya.
“Wang RM2,000 itu adalah dari wang simpanan saya sendiri.Saya tidak kisah nak belanja sikit untuk dapat tahu kebenaran,”katanya.
Katanya jika ada pihak dapat tampil membuktikan gambar itu palsu dia akan terima dengan hati terbuka.
“Jika gambar yang disebar itu tidak betul kita sendiri tidak setuju Dyana dan Zairil diperlakukan begitu,”katanya.
Nadi Rakyat ialah sebuah kumpulan aktivis media sosial yang aktif di negara ini.
No comments:
Post a Comment