ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KETUA HAKIM NEGARA KETUAI PANEL 5 HAKIM KENDALI KES RAYUAN LIWAT 2 ANWAR IBRAHIM

Tuesday 28 October 2014

KETUA HAKIM NEGARA KETUAI PANEL 5 HAKIM KENDALI KES RAYUAN LIWAT 2 ANWAR IBRAHIM


PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Empat anggota panel lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.


Barisan pendakwaan ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.


Barisan pembelaan Anwar pula terdiri daripada 14 peguam iaitu :-


Keputusan panel hakim berkenaan akan menentukan sama ada Anwar, 67, bebas atau menjalani hukuman penjara lima tahun seperti disabitkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu, atau hukuman lebih lama jika rayuan balas pendakwa dibenarkan mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Gambar Anwar Dalam Kamar Bicara


No comments:

Post a Comment