ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 8 PELAJAR MRSM BELASAH JUNIOR DITAHAN POLIS

Tuesday 28 October 2014

8 PELAJAR MRSM BELASAH JUNIOR DITAHAN POLIS

alt
Gambar Hiasan
BALIK PULAU 28 Okt - Polis menahan lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, bagi membantu siasatan kes pelajar tingkatan dua yang mendakwa dipukul sehingga patah tulang rusuk, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata kesemua pelajar tingkatan empat itu ditahan di sekolah dan diiringi guru mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya pada 12 tengah hari hari.

"Polis telah merekodkan keterangan kesemua pelajar terbabit dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kami meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai kerana polis sedang menyiasat kes ini dari pelbagai sudut," katanya.

Lai berkata kesemua pelajar berkenaan turut diberi kaunseling dalam sesi pertemuan itu sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, sumber polis berkata insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon jenis Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.

Akibat kecederaan itu, pelajar terbabit yang tinggal di Klang, Selangor, dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

No comments:

Post a Comment