ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: IPHONE 6 VS SAMSUNG NOTE 4 : MANA SATU PILIHAN ANDA ???

Friday 31 October 2014

IPHONE 6 VS SAMSUNG NOTE 4 : MANA SATU PILIHAN ANDA ???


Dalam tempoh sebulan ini, kempen agresif Samsung Galaxy Note 4 dan Apple iPhone 6 Plus sudah pasti mewarnai pasaran gajet di Malaysia. iPhone baru yang lebih besar tersebut meneruskan rekaan aluminium manakala Note 4 dengan rekaan kulit di belakang.

Perbezaan ketara antara kedua-duanya termasuk resolusi skrin dan nampaknya Apple sedikit kalah jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note 4 yang padat dengan 2,560 x 1,440 piksel.

Manakala dari aspek kamera, meskipun banyak pengeluar terlampau meng’up’kan fungsi resolusi, pada hakikatnya, prosesor atau enjin kamera itu lebih penting. Jika dibandingkan antara kedua-duanya, iPhone 6 Plus menghasilkan foto yang lebih bersih dan menarik.

Harga? Boleh disimpulkan iPhone 6 Plus sedikit mahal berbanding Note 4.

No comments:

Post a Comment