ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PASMA INI DARI SPESIS MANA? – HADI AWANG

Monday 27 October 2014

PASMA INI DARI SPESIS MANA? – HADI AWANG


Kuala Terengganu – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.
“Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu PasMa ini dari spesies mana,” katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu pada Ahad.
Beliau turut membidas PasMa yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.
Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli PAS supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.
Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU PAS dengan PasMa yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program PasMa.
Semalam, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment