ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU KENYATAAN RASIS "MALAY ARE PENDATANG TOO" !!! PARTI GERAKAN GANTUNG KEAHLIAN TAN LAI SOON

Monday 20 October 2014

ISU KENYATAAN RASIS "MALAY ARE PENDATANG TOO" !!! PARTI GERAKAN GANTUNG KEAHLIAN TAN LAI SOON


Selari dengan ucapan dasar Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di persidangan perwakilan Gerakan semalam, akan bertindak keatas mana-mana ahli dan pemimpin yang buat kenyataan rasis, perwakilan Johor Tan Lai Soon jadi orang pertama yang dikenakan tidakan tersebut.

Parti itu hari ini mengantung keahlian Tan dan beri tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipecat kerana membuat kenyataan orang Melayu juga pendatang di negara ini macam orang Cina dan India.

Kenyataan Tan telah mencetuskan kemarahan ramai dikalangan orang Melayu. Pelbagai NGO Melayu telah menyuarakan bantahan dan minta Gerakan bertindak.


Dalam ucapan ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada persidangan perwakilan Gerakan dekat Shah Alam beliau mengingatkan UMNO tidak mengunakan perkataan pendatang kepada kaum lain kerana orang Melayu juga pendatang.

Katanya orang melayu juga sama datang dari Indonesia.

Menurutnya cuma orang asli dan peribumi di Sabah dan Sarawak sahaja merupakan orang asal negara ini.

Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat Gerakan hari ini telah memutuskan Tan digantung dan diberi tunjuk sebab untuk dijawab dalam tempoh 14 hari megapa dia tidak boleh dipecat.

Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, Tan telah tarik baik kenyataannya dan meminta maaf.

Cheah juga memohon maaf bagi pihak parti itu.

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong ketika berucap di perasmian persidangaan pewakilan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkata partinya akan memecat mana-mana ahli dan pemimpin Gerakan yang membuat kenyataan rasis.


No comments:

Post a Comment