ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HARI KE-4 KES LIWAT II : GILIRAN BARISAN PENDAKWAAN BENTANGKAN HUJAH !!!

Friday 31 October 2014

HARI KE-4 KES LIWAT II : GILIRAN BARISAN PENDAKWAAN BENTANGKAN HUJAH !!!

Kes Liwat II: Giliran barisan pendakwaan bentangkan hujahKUALA LUMPUR: Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari keempat hari ini selepas ditangguhkan semalam.

Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin.

Semalam, beliau memohon untuk menganjak sesi pembentangan kerana memerlukan lebih masa untuk mengemas kini hujah memandangkan pihak pembela terlambat untuk memberikan hujah bertulis kepada pihak pendakwa.

Berikut adalah perkembangan yang sedang berlangsung:

9.35 pagi : Shafee berkata, dalam usaha pihak pembelaan cuba menghidupkan sentimen konspirasi, banyak tuduhan dilemparkan pada rangkaian individu, daripada Perdana Menteri (sekarang dan terdahulu), doktor, pakar kimia hinggalah ke pegawai polis.

9.20 pagi : Muhammad Shafee menyatakan bahawa hujah pembelaan Anwar banyak diselubungi idea tentang 'konspirasi' dari peringkat tinggi negara hingga ke pegawai kanan polis. Beliau yang menyifatkannya sebagai pertuduhan liar akan menghuraikan analisa berdasarkan fakta.

9.17 pagi : Barisan lima panel hakim masuk ke kamar mahkamah. Pendengaran penghujahan pihak pendakwa bermula.

9.00 pagi:Anwar tiba di kamar mahkamah. Selepas menyapa kenalan terdekat di galeri awam, beliau berbincang sesuatu dengan  Datuk Seri Gopal Sri Ram.


Anwar Ibrahim

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Anwar diwakili 14 peguam diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Peguam lain ialah Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, R.Sivarasa, J.Leela, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Penyokong DSAI tidak seramai prosiding 
hari pertama dan kedua.



No comments:

Post a Comment