ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "ANAK JADI MANGSA LELAKI PENIPU"

Monday 27 October 2014

"ANAK JADI MANGSA LELAKI PENIPU"


KUANTAN - “Dia lelaki penipu,” kata bapa kepada seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai hilang selepas ditipu lelaki berkenaan dan pernah mengaku bergelar ‘Datuk’ sebelum bertunang dengan anaknya.

Hasil pencariannya selama tujuh bulan, Fatin Nursyamimi, 19, dikatakan mengikut lelaki berkenaan ke Johor dan beberapa lokasi lain di Pahang bagi mengelakkan dirinya ditemui beberapa pihak yang pernah ditipu.

Ramlan Abu Hassan, 45,  berkata, dia tidak pernah berputus asa mencari anaknya walaupun terpaksa menghabiskan masa ke lokasi yang dikatakan daripada maklumat orang ramai atau melalui kaedah tradisional.

Katanya, dia pernah ke Taman Jaya, Johor Bharu selepas mendapat tahu anaknya berada di sebuah homestay bersama lelaki berkenaan tetapi mereka sudah berpindah kira-kira sebulan selepas gagal membayar sewa.

“Selepas bertemu beberapa jemaah masjid dan jiran di situ, mereka dakwa ada yang tertipu dengan lelaki itu.

“Caranya sama iaitu melalui pembelian televisyen dengan melesapkan wang yang dibayar selain tidak membayar dua bulan sewa homestay,” katanya.

Ramlan juga mendakwa lelaki yang mengenali anaknya melalui weChat itu pernah meminjam wang isteri dan berjanji akan membayarnya dalam tempoh seminggu tetapi sehingga kini janji itu tidak pernah dilaksanakan.

Katanya, beberapa minggu lalu, dia menerima maklumat anaknya berada di Sungai Lembing tetapi selepas pencarian beberapa hari, tiada penduduk yang dapat mengesahkannya.

Lelaki berkenaan, dakwanya pernah menghadapi 11 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2011 yang turut dipaparkan dalam laman sosial Youtube.

Bagaimanapun, dia  mahu anaknya pulang ke pangkuan keluarga dan melupakan kisah lama serta memulakan kehidupan baru bersama.

Ramlan juga  mendakwa, ketika sibuk berusaha mencari anaknya dengan meletakkan gambar di Facebook, beberapa individu menghubunginya dengan memaklumkan mereka turut tertipu.
“Individu itu berkata dia ditipu dengan pembelian kereta tetapi semuanya lesap dengan janji kosong,” katanya.

Ramlan berkata, mereka sepatutnya berkahwin pada 7 Jun lepas tetapi kedua-duanya tidak pulang dan dia membuat membuat laporan polis kira-kira jam 5.24 petang pada 14 Mac lalu.

Fatin Nursyamimi, sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Pengurusan Teknologi Maklumat semester kedua di Kolej Teknologi Darulnaim di Kelantan ketika melarikan diri bersama lelaki berkenaan.

Ramlan dan isterinya, Nooraziah Nordin, 50, mendapat tahu Fatin Nursyamimi keluar dari rumah selepas membaca nota ringkas anaknya yang memaklumkan dia keluar bersama tunangnya ketika pulang ke rumah kira-kira jam 11 pagi pada 13 Mac lalu.

Menurutnya, anaknya bertunang dengan lelaki itu pada 25 Januari lalu selepas meyakinkan keluarga bahawa dia boleh menamatkan pengajian walaupun sudah bertunang.

Katanya, walaupun kehilangannya masih misteri tetapi keluarganya akan tetap berusaha mencari anaknya sehingga pulang ke pangkuan keluarga.
SH

No comments:

Post a Comment