Ducati Malaysia pada Ahad melancarkan satu lagi model terbaru mereka iaitu Ducati Scrambler yang didatangkan dengan model permulaan iaitu 803 cc.
Naib Presiden Ducati Malaysia, Juan Chow Wed berkata model terbaru ini akan dipasarkan di Malaysia mulai awal tahun depan.
“Scrambler ini didatangkan dengan warna-warna yang terang, Ia diinspirasikan berdasarkan model motosikal tahun 1962 namun telah dimodenkan mengikut citrasa masa kini.
“Produk ini dilancarkan sempena Motor GP dan Asia Ducati Week yang akan berlansung minggu depan dan ia bakal berada di atas jalanraya awal 2015,” katanya kepada pemberita selepas perlancaran model berkenaan di salah sebuah kelab di ibu negara.
Model Scrambler ini di datangkan dengan empat versi warna iaitu “red or yellow icon, black framed classic, wild green urban enduro dan black full throttle”.
Walaupun diinspirasikan mengikut model retro, motosikal ini tetap mempunyai ciri-ciri moden seperti kemudahan lampu LED, tempat mengecas USB dibawah tempat duduk , dan kemudahan ABS.
“Kami menjangkakan model ini akan berjaya di pasaran bagi menyaingi model Ducati Monster.
“Sasaran untuk Scrambler ini bagaimanapun lebih rendah berbanding Monster. Ia sepatutnya menjadi produk premium kami, namun anda boleh menikmati produk ini pada harga yang lebih baik,” katanya
Produk terbaru Ducati ini bakal dijual dengan harga kira-kira RM50,000.
Menurut salah seorang penunggang Ducati, Nurul Alis Aidil Akhbar, model terbaru ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia permotoran.
“Walaupun dia tak seclass dengan model -model lain seperti Street Fighter, Monster, atau lain-lain model Ducati, namun saya rasa untuk penunggang baru, Scrambler ini sangat menarik kerana ia ringan dan mudah dikawal,” katanya.
Pendapat Alis turut disokong Presiden Kelab Ducati Malaysia, Nageb Abdul Majid.
Jelasnya, produk terbaru Ducati ini sememangnya menarik terutamanya ia didatangkan dengan pelbagai warna terang.
“Walaupun dicipta berdasarkan model 60- 70 an, melihat kepada rekaan dan harga yang ditawarkan, saya rasa produk baru Ducati ini mampu menarik genarasi masa kini,”ujarnya.
Dengan kelajuan 75 kuasa kuda, model ini boleh ditunggang dalam apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment