ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PENGASUH IKAT KANAK-KANAK DIDAKWA, PENJARA 10 TAHUN JIKA DISABITKAN KESALAHAN

Friday 31 October 2014

PENGASUH IKAT KANAK-KANAK DIDAKWA, PENJARA 10 TAHUN JIKA DISABITKAN KESALAHAN



Butterworth – Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun pada Selasa lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pendakwaan, kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tangannya diiikat di belakang badannya manakala kakinya diikat dengan tali.
Tiada pengakuan dicatatkan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab, yang menetapkan 5 Disember depan untuk sebutan kes bagi membolehkan tertuduh mendapatkan khidmat peguam.
Terdahulu, semasa merayu jaminan yang lebih rendah, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai lapan anak untuk disara.
Muhammad Firdaus kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Fairuz Rahman.

No comments:

Post a Comment