ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GAMBAR PENYOKONG ANWAR REMPUH PINTU PAGAR UM DEMI SELAMATKAN PELIWAT (VIDEO INSIDE)

Monday 27 October 2014

GAMBAR PENYOKONG ANWAR REMPUH PINTU PAGAR UM DEMI SELAMATKAN PELIWAT (VIDEO INSIDE)


Sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar Ibrahim bertindak merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu pada malam ini. 

Suasana menjadi tegang di pintu masuk UM apabila penyokong-penyokong Anwar bertindak ganas merempuh masuk setelah pihak universiti membuat keputusan untuk menutup pintu masuknya bagi menghalang orang luar masuk ke kawasan universiti untuk mengikuti ceramah Anwar pada malam ini.

Nampaknya taktik Anwar untuk memperbodohkan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan ini sebagai agendanya untuk mencari simpati rakyat hampir berjaya sebelum kesnya di mahkamah esok.

Anwar sedar beliau akan dihalang daripada memasuki kawasan UM untuk mengadakan ceramah dan ini merupakan peluang yang terbaik baginya untuk menyemarakkan kemarahan penyokongnya supaya  bertindak ganas. Kononnya Anwar mendapat sokongan hebat daripada rakyat.

Cuba kita imbas kembali apabila Anwar buat ceramah di mana-mana padang terbuka di sekitar Kuala Lumpur sebelum ini kurang mendapat sambutan dan kurang kontroversi seperti di UM dan apa yang pasti ceramah tersebut tidak akan mendapat perhatian media seperti di UM sekarang.






No comments:

Post a Comment