ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UM LAPOR POLIS INSIDEN REMPUH PAGAR

Tuesday 28 October 2014

UM LAPOR POLIS INSIDEN REMPUH PAGAR

rempuh 2

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini membuat laporan polis berhubung pencerobohan kawasan tanpa kebenaran berikutan perhimpunan haram di kampusnya di sini malam tadi.

Selain itu, satu siasatan dalaman turut diadakan UM terhadap peajar universiti yang terbabit perhimpunan haram malam tadi mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mengikut Perlembangaan Universiti.

“Hasil siasatan akan dimaklumkan dalam kenyataan media dalam masa terdekat,” kata Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izzad Zalman Abd Kader.

Beliau bercakap kepada media demikian selepas hadir bersama Pengarah Keselamatan UM, Yusof Harun dan pegawai keselamatan Khairul Anuar Abu Shari di Balai Polis Pantai, di ibu negara, Isnin.

Zalman berkata kepada pemberita akibat perhimpunan haram itu yang diadakan di Dataran Dewan Tunku Canselor, peserta perhimpunan telah merempuh masuk ke dalam UM dan telah menyebabkan pagar utama UM rosak.

“Perhimpunan itu telah diadakan secara haram di dataran tersebut. Tiada siapa boleh menceroboh masuk atau mengadakan majlis tanpa mendapat kebenaran UM terlebih dulu,” katanya.

Dalam insiden itu, kira-kira 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) merempuh masuk pintu pagar UM pada 9.20 malam untuk menghadiri acara pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadualkan di dewan itu.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

No comments:

Post a Comment