ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SUBHANALLAH !!! TIDUR SALAH SATU TANDA KEBESARAN ALLAH !!!

Thursday, 30 October 2014

SUBHANALLAH !!! TIDUR SALAH SATU TANDA KEBESARAN ALLAH !!!



Tidur menjadi keperluan bagi setiap manusia. Dengan tertidur maka daya tahan tubuh manusia itu akan kembali cergas sehingga dia kembali bersedia untuk melakukan aktiviti seperti biasa. Selain itu, ternyata tidur juga mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin kita tidak menyedari selama ini. 

Dalam kajian baru-baru ini (yang diterbitkan dalam jurnal Nature Neuroscience) saintis mendapati bahawa tidur pada malam hari tidak cukup untuk manusia, tetapi harus tidur pada siang hari untuk masa yang singkat (satu setengah jam, misalnya). Para saintis telah mendapati bahawa otak merasa letih di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan oleh kerana itu otak memerlukan rehat sejenak. Rehat bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari. 

Oleh kerana itu, saintis menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar siang hari dan memberi masa rehat kepada otak dapat menguatkan memori. Saintis mendapati orang yang biasa tidur sebentar di siang hari menunjukkan prestasi akademik mereka lebih baik dan kemampuan mengingat sesuatu adalah lebih cepat.

Para ilmuwan mengatakan: Fenomena tidur adalah sebuah kelebihan yang perlu direnungkan dan dikaji lebih mendalam kerana ia merupakan fenomena kompleks. Maha Suci Allah yang telah mengisyaratkan dalam kitab suci Nya Al-Quran tentang pentingnya tidur di malam dan siang dan menegaskan bahawa tidur adalah salah satu tanda kebesaran Allah dan kelebihan yang harus kita renungkan. Allah berfirman: 


(وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ) [الروم: 23].

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, "(Surah Al-Rum 23).

Sumber: islampos.com

No comments:

Post a Comment