ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KOPERAL POLIS CEDERA DITIKAM !!!

Wednesday 29 October 2014

KOPERAL POLIS CEDERA DITIKAM !!!


Kuala Krai : Seorang anggota polis cedera apabila ditikam tiga kali oleh seorang lelaki yang mengalami gangguan mental di Kampung Bechah Pulai, Laloh, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 7 pagi ketika anggota berkenaan dipanggil ahli keluarga lelaki itu untuk membantu menenangkannya yang agresif dan bertindak di luar kawalan.

Bagaimanapun, ketika berusaha menenangkannya, Koperal Awang Awang Besar , 54, diserang lelaki berusia 26 tahun terbabit menggunakan pisau memotong sayur yang tumpul, menyebabkannya cedera di belakang badan, lengan dan belakang telinga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng ketika ditemui melawat mangsa di Hospital Kuala Krai berkata, Awang sebelum itu hadir ke rumah lelaki berkenaan bersama tiga lagi anggota dari Balai Polis Laloh.

"Lelaki terbabit disahkan menghidap masalah mental dan sedang dalam rawatan, namun pagi tadi keluarganya menghubungi balai untuk membantu menenangkannya.

"Namun dia gagal ditenteramkan menyebabkan anggota terpaksa menggunakan gas pemedih mata, sebelum dia menjadi semakin ganas dan menikam Awang.

"Dia sudah diberkas dan dibawa ke Unit Psikiatrik Hospital Kuala Krai," katanya.

Lai berkata, Awang yang berkhidmat selama 32 tahun kini dilaporkan stabil.
hmetro

No comments:

Post a Comment