ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ISU VIDEO LUCAH MIRIP UAI : MESEJ UNTUK SEMUA AHLI PAS !!!

Saturday 25 October 2014

ISU VIDEO LUCAH MIRIP UAI : MESEJ UNTUK SEMUA AHLI PAS !!!


Salam buat semua. Dalam masa terdekat ini video seks yang dikatakan mirip Ustaz Azhar Idrus telah tersebar dan menjadi viral dikalangan kita. Kalian sendiri mungkin akan menerima atau telah melihat video tersebut. Saya juga telah menerima dan menonton video bertempoh 38 saat tersebut, namun saya tidak akan sebarkan kerana kesahihan video tersebut belum diketahui dan ia melibatkan aib orang lain.

Saya minta semua bertenang khususnya ahli dan penyokong PAS supaya tidak cepat melatah. Apa yang mendukacitakan adalah, penyebaran video tersebut bukanlah daripada musuh politik PAS iaitu UMNO. Kem PKR dan Anwar Ibrahim selaku musuh dalam selimut PAS sendiri yang telah menyebarkan video tersebut.

Mengapa? Kerana DAP, PKR dan Anwar Ibrahim sekarang terdesak dengan kempen #RakyatHakimNegara yang tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat, tiada momentum. Ceramah-ceramah Anwar Ibrahim kebelakangan ini gagal untuk mendapat crowd yang besar.

Oleh itu, kini PKR dan Anwar Ibrahim menggunakan teknik 3D iaitu Distraction (gangguan), Diversion (alih perhatian) dan juga Division (pembahagian) untuk memanipulasi isu video seks Ustaz Azhar Idrus ini untuk kepentingan dirinya sendiri supaya mendapat sokongan ahli dan penyokong PAS dengan menuding jari dan menyalahkan UMNO dalam perkara ini.

Umum mengetahui, selama ini sebarang perhimpunan dan demonstrasi sebahagian besar crowd adalah daripada akar umbi PAS sendiri. Oleh itu, PKR dan Anwar Ibrahim cuba menyemai benih kebencian terhadap UMNO dan seterusnya mempergunakan akar umbi PAS sendiri untuk memenuhi dan meramaikan perhimpunan #RakyatHakimNegara 28 Oktober ini hanya kerana demi kepentingan dirinya sendiri. 

Umum mengenali bagaimana Anwar Ibrahim dan RBA DAP begitu bijak menggunakan segala peluang yang ada untuk memberi kelebihan kepada mereka dan menambah kebencian rakyat kepada UMNO. Lihat video lucah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan gambar lucah Azmin Ali, MB PKR Selangor. Siapa yang mula menyebarkannya kalau bukan dariapada orang-orang DAP dan PKR sendiri! 

Akhirnya UMNO juga yg akan dipersalahkan….
SUMBER

No comments:

Post a Comment