ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SERAM !!! 3 GAMBAR PEMUDA TERTUSUK PARANG DI MUKA

Friday 31 October 2014

SERAM !!! 3 GAMBAR PEMUDA TERTUSUK PARANG DI MUKA


"Seram apabila saya melihat dia memegang parang yang tertusuk di mukanya sambil membonceng motosikal untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sejauh lebih dua kilometer," kata Mat Tohor Ahmad, 43, bapa kepada seorang lelaki yang bertarung nyawa selepas parang melekat di mukanya dalam kejadian di FELCRA Tembeling Tengah, Kuala Tahan, Jerantut, semalam.
Kejadian jam 8 pagi itu berlaku apabila anaknya, Mohd Ridhuan, 20, dari Kampung Labu, dekat sini, menebas semak bersama rakannya di kawasan berhampiran di ladang FELCRA, dekat sini.
Namun, secara tiba-tiba, hulu parang rakannya tercabut lalu bilahnya 'terbang' dan tertusuk hampir lima sentimeter dalam di kepala Mohd Ridhuan menyebabkannya rebah serta terbaring kesakitan.
Ketika kejadian Mat Tohor menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya ke kawasan ladang berhampiran sebelum terserempak dengan mangsa yang membonceng motosikal rakannya.
"Dalam keadaan kesakitan itu, Mohd Ridhuan sempat memanggil saya untuk ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sambil memegang parang sepanjang 30 sentimeter yang melekat di kepalanya.
"Saya hampir pitam melihat keadaannya itu kerana pada awalnya menyangka dia memegang kayu, rupanya parang yang tertusuk di pipi," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, anak sulung daripada lima beradik itu diberkian rawatan kecemasan oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.
"Dia dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh, sebelum ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, untuk menjalani pembedahan susulan," katanya.
Doktor mengesahkan anaknya perlu menjalanai pembedahan susulan bagi mengeluarkan parang berkenaan supaya tidak menjejaskan otak, sekali gus boleh menyebabkan kematian.
"Doktor memaklumkan parang itu terkena sedikit bahagian otak dan hanya dua sentimeter dari mata. Keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih lemah dan dibedah malam ini (semalam)," katanya.

No comments:

Post a Comment