ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HASSAN BUDU TERSUNGKUR !!!

Monday 13 October 2014

HASSAN BUDU TERSUNGKUR !!!


Jertih: Selepas diburu sejak lebih dua tahun lalu, Hassan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahari Awang Noh, 39, yang mengepalai sindiket curi kereta, antara terbesar di Malaysia selain pernah dipenjarakan, berbalas tembakan dengan anggota polis dan merempuh kereta dinaiki anggota polis yang mahu menahannya akhirnya tumpas selepas terbabit kemalangan ketika dikejar pemilik kenderaan yang dicurinya, di Kampung Padang Tapong, di sini, semalam.

Penjenayah berusia 41 tahun berasal dari daerah ini 'tersungkur' apabila pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dipandunya terbabas ketika melarikan diri selepas dikejar pemilik kenderaan itu yang juga seorang kontraktor pada jam 12 tengah malam.

Kontraktor berusia 53 tahun itu dari Kampung Padang Luas, di sini, dikatakan minum di sebuah kedai makan di Kampung Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan sebelum melihat sebuah Mitsubishi Pajero dinaiki dua lelaki yang seakan-akan sama dengan kenderaannya yang hilang pada Jumaat lalu melalui depan kedai makan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, tanpa berlengah kontraktor terbabit mengekori kenderaan itu apabila yakin Mitsubishi Pajero yang dilihat adalah miliknya berdasarkan bentuk rim dan ruang tayar ganti di belakang kenderaan.

"Menyedari kenderaan dipandu diekori, penjenayah terbabit memecut kenderaan untuk melarikan diri melalui Lebuh raya Machang dan berpatah balik ke pekan Pasir Puteh sebelum ke bandar Jertih," katanya.

No comments:

Post a Comment