ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LIWAT 2 : ISTANA KEHAKIMAN MULA JADI TUMPUAN

Tuesday, 28 October 2014

LIWAT 2 : ISTANA KEHAKIMAN MULA JADI TUMPUAN

Pendengaran rayuan terakhir  Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu kerana didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan, bermula hari ini.

Hari pertama pendengaran, mahkamah tertinggi negara di Putrajaya mula dipenuhi wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara yang mula berkumpul seawal pukul 6,30 pagi.

Difahamkan, wartawan hanya dibenarkan masuk untuk mengikuti pendengaran pada pukul 8.30 pagi.



Pasukan keselamatan ditempatkan di sekitar bangunan Istana Kehakiman untuk mengawal keadaan sekiranya berlaku insiden yang tak diingini selain penghadang besi turut diletakkan di bahagian hadapan bangunan.

Pendengaran terakhir ini sudah tentunya tidak dapat lari daripada kehadiran anggota parti dan penyokong-penyokong Anwar.

Ini merupakan kes liwat kedua terhadap Anwar. 

Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.


Anwar Ibrahim ke Istana Kehakiman Putrajaya dari rumahnya di Segambut. 
Embedded image permalink

Skuad Timbalan Setia Angkatan Muda Keadilan (AMK) merupakan kumpulan penyokong yang tiba paling awal iaitu kira-kira pukul 7.00 pagi.

Sebahagian penyokong Anwar Ibrahim berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. 
Embedded image permalink
Embedded image permalink

Gelagat seorang penyokong yang memakai topeng berwajah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Embedded image permalink

Dekat Masjid Besi, Putrajaya, menunggu keputusan perbicaraan.
Embedded image permalink

Anwar Ibrahim tiba di perkarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 8.45 pagi

Embedded image permalink

No comments:

Post a comment