KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol), di Perancis untuk membantu pihaknya menahan seorang aktivis Ali Abd Jalil dan penulis blog, Alvin Tan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata permohonan itu dibuat setelah kedua-dua mereka cuba memohon perlindungan politik di luar negara.
Ali memohon suaka di Sweden manakala Alvin di Amerika Syarikat.
"Polis telah memohon pre-notis kepada Interpol. Jadi kita tunggu jawapan," katanya kepada pemberita pada Seminar Ketua Polis Daerah, di Maktab PDRM Cheras, di sini hari ini.
Notis tersebut dibuat bagi menjejak dan membawa aktivis Ali Abd Jalil dan blogger seks, Alvin Tan pulang ke Malaysia menghadapi pendakwaan.
Ali melalui tulisan di Facebook pada Sabtu lalu berkata beliau terbang ke Sweden untuk mencari suaka di luar negara kerana diancam samseng dan "kumpulan rasis Melayu".
Ali berdepan tiga dakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menghina kesultanan Johor dan Selangor di akaun Facebooknya.
Ali juga pernah ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan pada 29 September.
Sementara itu, Alvin Tan, yang melarikan diri ke Amerika Syarikat, berdepan dakwaan jenayah mengikut Akta Hasutan dan Akta Lembaga Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi termasuk gambar menghina Islam dalam Facebook.
Alvin, 26, dan teman wanitanya Vivian Lee, 25, pernah didakwa mengikut Akta Hasutan kerana ucapan Ramadan di laman blog mereka, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini pada tahun lepas.
Kes mereka masih dalam perbicaraan.

No comments:
Post a Comment