ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ITIK PULANG KE REBAN SETIAP KALI AZAN ASAR !!!

Saturday 25 October 2014

ITIK PULANG KE REBAN SETIAP KALI AZAN ASAR !!!


Sedangkan itik, faham bunyi azan, tetapi ada sesetengah umat Islam tidak memperdulikan azan. Lihat sahaja di padang-padang bola ketika maghrib berkumandang, masih ada lagi yang asyik bermain di padang. Lihatlah di pusat membeli belah terdapat juga manusia yang beragama Islam, sekalipun azan Maghrib telah berkumandang tapi masih sibuk di pusat membeli belah.

Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.

Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.
"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban.
HMetro

No comments:

Post a Comment