ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI: ADUN DAP LUYANG SERTAI MCA!!!

Saturday 7 June 2014

TERKINI: ADUN DAP LUYANG SERTAI MCA!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Luyang Dr Hiew King Cheu yang sebelum ini keluar daripada DAP September tahun lalu, kini telah menyertai MCA.

Dr Hiew yang juga bekas Ketua DAP Sabah dilaporkan The Star telah menyarahkan permohonannya untuk menyertai MCA kepada ketua parti negeri Wilson Yong di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang menyaksikan majlis itu, berkata langkah Hiew ini akan membolehkan beliau berkhidmat terhadap DUN Luyang dengan lebih berkesan.

Mengalu-alukan kedatangan Hiew dalam parti itu, Liow menyifatkan Adun Luyang sebagai pemimpin yang berdedikasi yang memerlukan platform yang tepat untuk memberi khidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

Beliau berkata, MCA mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk menerima Hiew dalam parti itu. 
AIDC

No comments:

Post a Comment