ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN TERPEDAYA NOMBOR TELEFON PUKAU

Thursday 19 June 2014

JANGAN TERPEDAYA NOMBOR TELEFON PUKAU



Masyarakat diingatkan untuk tidak mudah terpedaya dan tertipu dengan lambakan maklumat palsu yang tersebar di medium Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Terkini, beberapa nombor telefon telah disebarkan yang didakwa menyebabkan penerima dipukau jika menjawab panggilan telefon dari nombor-nombor berkenaan.

Hasil semakan mengesahkan pihak polis tidak pernah menerima sebarang laporan berkenaan kejadian tersebut.

Sebaran maklumat palsu sebegini boleh mendatangkan rasa tidak selamat dan menimbulkan kegusaran yang tidak berasas kepada masyarakat. Sehubungan itu, PDRM menasihati agar sesiapa yang menerima maklumat sedemikan tidak bertindak menyebarkannya kepada pihak lain.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Po

No comments:

Post a Comment