Apa dia aktiviti masa lapang orang muda melayu? Kalau dahulu kita main bola sepak dan anjurkan pertandingan lawan antara kampung, tetapi sekarang mereka lagi gemar lumba haram.
Kejadian ini berlaku di Kemaman, Terengganu pada 28/6/2014. Kemalangan yang meragut nyawa 2 orang anak muda melayu ini berlaku di jalan lurus 2 lorong yang belum dibuka kepada orang awam di jalan Sri Banding.
Dikala orang ramai semua bersiap sedia untuk menempuhi bulan Ramadhan yang mulia ini, golongan samseng jalanan ini sibuk merempit dan menggadaikan nyawa dengan berlumpa haram dan beraksi bahaya seperti rempit superman.
Akhirnya tragedi malang pun berlaku. Kita tidak boleh menggunakan perumpamaan "malang tidak berbau" untuk golongan mat rempit. Mereka ini semua seperti "telur di hujung tanduk", bila-bila masa sahaja nyawa boleh melayang.
Simpati kami kepada ibu bapa dan keluarga yang membanting tulang membuang masa, tenaga dan wang ringgit membesarkan golongan samseng jalanan ini. Kerja sia-sia sahaja.
Diharap ibu bapa dapat menunjukkan kepada anak-anak mereka gambar ngeri mayat tergantung supaya mereka menjauhi kegiatan terkutuk ini. Tidak ada sesiapa yang suka dengan mat rempit kecuali golongan samseng jalanan itu sendiri.
Kami di Trending Malaysia berharap dengan melihat gambar-gambar ngeri ini, para mat rempit akan sedar dan bertaubat serta mengubah arah hidup.
Jika anda masih ingin menceburi aktiviti sia-sia merempit ini, bukan sahaja masa depan anda gelap, anda tiada masa depan sebenarnya.
Orang lain boleh bekerja, kumpul duit, beli kereta besar, rumah besar, bertunang dan berkahwin serta membina keluarga serta pergi umrah dan haji. Tetapi mat rempit semua mati bunuh diri, mati katak dan tergantung, nyawa melayang di masa muda. Geng mat rempit lain semua tengok sahaja daripada jauh.
Yang amat sedih sekali kerana golongan samseng jalanan ini cuma daripada bangsaku, orang melayu. Bilalah nak matang dan sedar?
No comments:
Post a Comment