ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMANDU KERETA & PASANGAN NYARIS MAUT DIHEMPAP BESI PEMBINAAN

Thursday 26 June 2014

PEMANDU KERETA & PASANGAN NYARIS MAUT DIHEMPAP BESI PEMBINAAN



Kuala Lumpur – Seorang pemandu kereta lelaki dan penumpang wanita nyaris maut selepas besi pembinaan LRT di LTS menghala ke Lebuhraya Persekutuan menghempap kereta yang dinaiki mereka, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kerja-kerja mengangkut besi sedang dijalankan di tapak pembinaan sebelum terlepas dari mesin pengangkut dan terkena kenderaan mangsa jenis Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassi m berkata, siasatan awal mendapati beberapa besi daripada tiang 88 projek LRT terbabit terjatuh dan menimpa kenderaan mangsa.

Katanya, selepas dihempap besi, sebuah lagi kenderaan dari arah belakang turut merempuh kereta yang dipandu mangsa.

“Kedua mangsa yang cedera dihantar ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk mendapatkan rawatan,”katanya ketika dihubungi, semalam.
myMetro

No comments:

Post a Comment