ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KERETA TERBANG !!! KERETA SATRIA NEO TERJATUH DARI JAMBATAN SETINGGI 15 METER (13 GAMBAR)

Wednesday, 25 June 2014

KERETA TERBANG !!! KERETA SATRIA NEO TERJATUH DARI JAMBATAN SETINGGI 15 METER (13 GAMBAR)


CHUKAI: Kereta Proton Satria Neo yang dipandu oleh seorang pemuda terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang setinggi 15 meter petang tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 4.45 petang di KM 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan Nazlie Ali, 27, berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh sebelum melanggar penghadang jambatan. Rempuhan itu mengakibatkan kereta yang dipandunya berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapat rawatan lanjut. - My Media Hub













kredit foto: Daily Traffic Report

No comments:

Post a Comment