ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KEMALANGAN : SUAMI ISTERI MAUT, 2 ANAK PARAH AKIBAT TERCAMPAK KELUAR KERETA !!!

Monday 16 June 2014

KEMALANGAN : SUAMI ISTERI MAUT, 2 ANAK PARAH AKIBAT TERCAMPAK KELUAR KERETA !!!






KEMAMAN: Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain dalam kejadian di Kilometer (km) 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, Ahad.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu, Mohd Hasbullah Halipah berkata, mereka yang terbunuh ialah Ahmad Shukri Abd Wahab, 34 dan Nor Asmalia Wahab, 34.

"Kejadian 7.50 pagi itu turut mengakibatkan anak mereka yang berusia tiga dan lima tahun serta pemandu sebuah lagi kereta cedera parah," katanya kepada Bernama.

Menurut Mohd Hasbullah, kejadian berlaku ketika Ahmad Shukri dan isterinya dalam perjalanan menghantar anak mereka ke pusat asuhan di Jalan Jakar 3 di sini sebelum menuju ke tempat kerja.

"Nahas dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga asing itu hilang kawalan dan memasuki laluan kereta yang dinaiki empat sekeluarga tersebut," katanya.

Beliau berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan pasangan suami isteri terbabit tersepit di tempat duduk masing-masing sementara dua anak mereka tercampak keluar.

"Kesemua mangsa dikeluarkan oleh orang awam," katanya menambah semua mangsa dihantar ke Hospital Kemaman.

MStar

No comments:

Post a Comment