Lelaki berusia 61 tahun dan pasangannya yang berumur 63 tahun ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Kubang Pasu (PADKP), kira-kira jam 1.40 pagi. Difahamkan, lelaki itu singgah di rumah wanita berkenaan sebaik selesai belajar agama di sebuah pondok berdekatan. Jurucakap PADKP berkata, ketika tiba di rumah itu selepas menerima aduan awam, mereka mendapati rumah itu dalam keadaan gelap dan pintu bertutup rapat.
Selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki warga tua yang hanya menutup badan menggunakan selimut dari paras pinggang ke bawah tanpa baju, membuka pintu. Setelah melakukan pemeriksaan, pasukan itu menemui seorang wanita duduk di atas katil dalam sebuah bilik dengan hanya berkemban.
“Ketika disoal siasat, pasangan itu yang segan silu akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak melakukan maksiat.
“Lelaki itu memberi alasan dia dalam proses perceraian dengan isterinya, manakala wanita itu pula mengakui kematian suami setahun lalu. Kita percaya alasan itu hanya untuk mengelak ditahan,” katanya.
Jurucakap itu berkata, berdasarkan maklumat penduduk setempat, pasangan terbabit sudah lama menjalinkan hubungan dan anggota keluarganya sendiri sudah berkali-kali menasihati tetapi tidak diendahkan. “Sepatutnya mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak dan cucu tetapi sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.
Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan. Mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan.
SH
No comments:
Post a Comment