ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MH370 : MAS HARAP TEMUI JAWAPAN

Monday, 16 June 2014

MH370 : MAS HARAP TEMUI JAWAPAN




PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) melahirkan rasa simpati terhadap keluarga penumpang pesawat MH370 dan berharap untuk mendapatkan jawapan berhubung kehilangan pesawat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahaya berkata, ingatan dan doa daripada kakitangan MAS sentiasa bersama keluarga kepada 239 penumpang pesawat Boeing 777 itu.

"Ahli keluarga mereka yang terlibat sentiasa dalam ingatan kami sejak 100 hari yang lalu dan akan berterusan kerana kami turut merasai keperitan mereka.

"Kami rindukan rakan dan teman sekerja yang berada dalam pesawat MH370. Kami juga berharap untuk mendapatkan jawapan yang akan membawa kita kepada maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada MH370," katanya pada Ahad.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan 153 warga China hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 dipercayai telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
MStar

No comments:

Post a Comment