ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TUISEN HELP PRODUK BAHARU UMNO BANTU GOLONGAN MUDA BANDAR

Saturday 28 June 2014

TUISEN HELP PRODUK BAHARU UMNO BANTU GOLONGAN MUDA BANDAR

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR, 27 Jun- Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA (YPM) anjuran bersama YPM, Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan Pemuda UMNO Malaysia dan Yayasan Al-Hussin merupakan kesinambungan kejayaan Program Kelas Bimbingan YPM yang memfokuskan pelajar-pelajar sekolah harian di kawasan-kawasan bandar.
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Haji Shafie Afdal berkata, program ini meletakkan sasaran untuk membantu para pelajar yang menjadi peserta program ini untuk meningkatkan prestasi akademik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.
“Pelajar-pelajar akan dibantu guru-guru terbaik, cemerlang bagi menghasilkan pelajar-pelajar berkeyakinan tinggi, berpotensi serta bermotivasi tinggi seterusnya mendetikkan transformasi dalam diri pelajar bagi mencapai kejayaan dan impian.
“Program ini akan bermula Ogos ini dan sebanyak 41 pusat telah dikenal pasti dengan penglibatan kira-kira 4,100 pelajar dari kawasan bandar di seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Program HELP Tuisyen di di sini hari ini.
Tambahnya, penggunaan guru-guru pakar dan cemerlang ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar sekaligus melengkapkan mereka dalam menghadapi situasi peperiksaan yang sebenar.
“Dengan moto MARA “Memperkasakan Pendidikan Melayu Dan Bumiputera”, Pemuda UMNO harus menggunakan peluang ini untuk memperbanyakkan dan memperluaskan program sebegini bagi membantu dan membimbing lebih ramai lagi pelajar-pelajar Melayu Bumiputera untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik,” ujarnya lagi yang juga Naib Presiden UMNO.
Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, Program HELP Tuisyen ini adalah satu lagi produk baharu UMNO dalam usaha menaik taraf hidup masyarakat terutama golongan muda memandangkan pendidikan merupakan aset utama seseorang insan.
“Ini juga membuktikan UMNO sentiasa mengambil kira kesusahan golongan yang memerlukan bantuan dan bukan setakat mendapatkan pendidikan sempurna, malahan sehinggalah mereka melangkah ke alam pekerjaan,” katanya yang juga EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 
MediaUMNO

No comments:

Post a Comment