ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MISTERI TEROWONG LAMA DI TAMBAK JOHOR !!!

Friday 27 June 2014

MISTERI TEROWONG LAMA DI TAMBAK JOHOR !!!

Misteri Terowong Lama Di Tambak Johor

Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.

Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura.

Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?

Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowong berkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan negara Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan baru. Akan tetapi tidak dapat diteruskan usaha-usaha tersebut. Entah mana silapnya.

Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan. Ada kemungkinan !!!.

Berkait kisah misteri, ada 2 pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri. Hebah di Metro Ahad ketika itu keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri.

Misteri Terowong Lama Di Tambak Johor

Metro bertarikh 14 November 2010 bertajuk Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Mangsa dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? Mayatnya pula di jumpai setelah beberapa hari.

Jentera yang seberat itu boleh ditelan pasir pantai dan tidak terus dijumpai kesannya. Padahal, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut untuk projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, iaitu Lido Boulevard menggantikan Pantai Lido yang lama.

Mengikut pemahaman orang-orang lama pula kejadian ini adalah perkara biasa. Mereka mengatakan itu semua adalah normal. Apabila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada berlaku kejadian misteri yang meragut nyawa sebagai ganti. Katanya, mungkin ada penjaga yang mahukan darah manusia sebagai gantian.

Seperti biasa sebelum ini ada sahaja kes apabila pembinaan jambatan dibina akan tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa atau sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itulah kata-kata yang pernah kita dengar dari orang-orang lama, tapi jangan terlalu percaya sebab boleh mendatangkan syirik.

Sebenarnya, manalah tahu jika bajet tak cukup mahu diteruskan pembikinan jambatan itu. Dan mereka juga kata kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan Misteri Terowong Lama British Di Johor yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.
Sumber

No comments:

Post a Comment