ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: "MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" - TEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57

Tuesday 24 June 2014

"MALAYSIA DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" - TEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57

IMG_9318

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57, ‘Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ Bebas Unsur Politik – Shabery

PUTRAJAYA – ‘Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ , diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

“Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Kemerdekaan ke-57.

IMG_9178
Beliau juga berharap pemilihan tema itu tidak akan dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Kita tidak mahu sentimen politik menguasai sambutan kemerdekaan kali ini. Biar sambutan kali ini dapat dirayakan oleh semua kaum dan bangsa dengan mengenepikan ideologi politik kepartian.”

Konsep sambutan kemerdekaan kali ini juga berbeza daripada tahun – tahun sebelumnya dengan penambahan beberapa program menarik dan berimpak tinggi.

Program – program ini dirancang dengan teliti bagi memastikan ia memberi impak kepada rakyat dalam memperingati dan menghargai kemerdekaan Negara serta menyemarakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ahmad Shabery berkata bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini, turut diadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak antaranya semua kementerian dan agensi kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, 1M4U dan Majlis Belia Malaysia.

Beliau berkata rakan penaja pula terdiri daripada pelbagai pihak seperti Celcom, TM Berhad, Axiata, TELIN Indonesia, Media Prima, Astro dan banyak lagi.

IMG_9274

Menurutnya sambutan kemerdekaan bukanlah gerak kerja pihak kerajaan semata-mata dan pihak swasta juga perlu memainkan peranan masing-masing demi meningkatkan lagi semangat kecintaan tidak berbelah-bahagi terhadap negara.

“Sambutan kemerdekaan perlu menjadi jenama popular yang melekat di hati setiap rakyat pada setiap masa dan bukan hanya sekadar perarakan semata-mata,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut menyampaikan hadiah kepada pemenang mencipta logo sambutan kemerdekaan yang diraih Abdul Mutalib Abdul Rahman dengan membawa pulang wang tunai RM7,000 dan sijil penghargaan.

pemenang

No comments:

Post a Comment