Tahun Lepas masyarakat Negara ini digemparkan dengan berita seorang warga emas telah meninggal dunia akibat ditikam dengan gunting malah turut disamun,perbuatan itu dipercayai telah dilakukan oleh pembantu rumahnya sendiri.Mangsa ialah Che Siah Wan Nik berusia 75 tahun, seperti yang dilaporkan Bernama.
Hari ini Harian Metro dengan tajuk panasnya”Amah Syaitan” telah menghidangkan berita bagaimana seorang amah bertindak kejam mencederakan anak majikannya yang berusia 7 tahun,malah bukan itu sahaja apabila rumah mewah dua tingkat juga turut dibakar sebelum melarikan diri.
Seorang pembantu rumah warga asing bertindak kejam apabila sanggup mencedarakan kepala anak lelaki majikannya hingga parah sebelum membakar rumah mewah dua tingkat didiami mereka di Desa Park City,Kepong disini.
Kejadian berlaku pada jam 8;30 pagi semalam,suspek wanita warga Indonesia dikatakan melakukan perbuatan itu ketika majikannya itu keluar berjoging di kawasan berhampiran.
Sumber polis memberi tahu,suspek berusia 37 tahun mencederakan kepala anak majikannya itu hingga berlumuran darah menggunakan objek tajam.
“Suspek kemudiannya membakar bilik di tingkat atas rumah berkenaan sebelum api merebak ke dua lagi bilik.
“Kebakaran itu disedari jiran apabila melihat asap tebal keluar dari tingkat atas rumah tersebut,’’katanya.
Susulan itu,katanya,orang ramai mulai meninjau rumah itu sebelum mendapati api mula melarat ketingkat bawah kediaman.
Beberapa jiran yang mendengar tangisan kanak-kanak terbabit bertindak memasuki rumah berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.
“Kanak-kanak itu yang berlumurah darah dihantar ke Hospital untuk mendapat rawatan kecemasan.Bagaimanapun pembantu rumah itu didapati sudah menghilangkan diri.Sumber itu berkata,kebakaran itu merebak kerumah tamu dan dapur ditingkat bawah dan menyebabkan hamper 70 peratus perkakas dan perabot musnah.
“Siasatan awal polis percaya kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat berikutan pembantu rumah terbabit sudah menghilangkan diri .Malah dia dilihat beberapa saksi dia melarikan diri dengan membawa beg sebelum kebakaran disedari.
“Kebakaran itu menyebabkan kesemua dokumen penting milik rumah itu hangus terbakar,Bgaimanapun pasport suspek didapati hilang atau dilarikan,’’katanya.
Mengulas kejadian itu.Ketua polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata,siasat anggota forensik Bomba dan Penyelamat mendapati punca kebakaran itu berunsur khianat.
Polis membuka siasatan mengiku Seksyen 436 kanun Keseksaan,suspek yang dikehendaki polis itu dikenali sebagai Nurmi Muhamad,37,warga Indonesia.
“Nombor pasportnya AR 846893.Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita itu diminta menghubungi Balai Polis berhampiran,’’katanya.
Sumber-Harian Metro-Jumaat/27 Jun 2014
No comments:
Post a Comment