ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UJIAN PMR DIGANTI DENGAN PT3 JULAI INI

Saturday, 14 June 2014

UJIAN PMR DIGANTI DENGAN PT3 JULAI INI




KUALA LUMPUR: Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan. 

Ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos. 

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban. 

"Bagi tahun pertama, kita sedar ada pihak yang belum faham dengan sistem ini. Kita nak masukkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi selaras dengan perkembangan pendidikan di peringkat global. 

"Sebab itu cara pelaksanaan di awal-awal ini agak berbeza tapi akan stabil beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Amal Bukit Damansara di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, Sabtu.
MStar

No comments:

Post a Comment