Matshobana, Zimbabwe: Penduduk setempat kini gempar selepas kisah seorang remaja lelaki dimasuki cacing luar biasa gara-gara meniduri isteri orang semakin tersebar.
Menurut sumber, remaja berusia 14 tahun itu kini semakin tenat apabila ada cacing ‘anaconda’ mengganas di dalam badannya.
Budak itu mula sakit dua hari selepas meniduri seorang wanita berusia dan sudah bersuami,” katanya. Ibu saudara remaja terbabit, Nobuhle Moyo berkata, cacing berkenaan semakin membesar, manakala kesihatan remaja itu semakin merosot.
Dia mula mengalami masalah kencing berdarah, katanya. Menurut Nobuhle, dia semakin risau kerana anak saudaranya itu kini tidak berselera makan atau minum, Katanya, remaja terbabit hanya bergantung kepada air teh untuk mengisi perut.
Pada awalnya kami tertanya-tanya mengapa dia mengalami masalah itu, selepas didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku mengadakan hubungan sulit dengan isteri orang,katanya.
Sementara itu sumber berkata, remaja terbabit dibawa berubat dengan seorang bomoh, keadaannya masih belum banyak berubah.
Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,katanya, semalam. -
Kami yakin suami wanita berkenaan menggunakan sihir sebagai membalas dendam,katanya, semalam. -
Agensi
No comments:
Post a Comment