ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KADAR RASMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014 SETIAP NEGERI DI MALAYSIA

Sunday 29 June 2014

KADAR RASMI BAYARAN ZAKAT FITRAH 2014 SETIAP NEGERI DI MALAYSIA


Kadar rasmi bayaran Zakat Fitrah bagi setiap negeri di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam Rukun Islam, umat islam adalah diwajibkan untuk menunaikan Zakat bagi yang berkemampuan. Bayaran zakat juga hendaklah dibuat bermula pada awal bulan Ramadhan dan selewatnya sebelum bulan Syawal. Zakat yang terkumpul akan diagihkan kepada golongan atau keluarga miskin yang layak sahaja.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2014 Setiap Negeri Di Malaysia
Zakat Fitrah 2014 bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

NegeriTahun 2013 (RM)Tahun 2014(TERKINI) (RM)
Perlis6.006.50
Kedah7.007.00
Pulau Pinang7.007.00
Perak7.007.00
Selangor7.007.00
Negeri Sembilan6.506.50
Melaka6.506.70
Johor5.00/8.00*belum diumumkan
Pahang7.007.00
Terengganu4.50/7.00/7.60*7.00
Kelantan7.00 7.00
Sarawak6.506.50
Sabah7.00 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan7.00 7.00


Nota: Kadar Bayaran Zakat bagi setiap negeri akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Syarat-syarat Bagi Wajib Membayar Zakat Fitrah
  • Orang Islam- Zakat hanya diwajibkan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Mereka Yang Mempunyai Harta Yang Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta tersebut telah cukup Nisab- Maksud Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas)
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi
Panduan Cara Membayar Zakat Fitrah
  1. Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  2. Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

No comments:

Post a Comment