ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LIMA BERANAK NYARIS MAUT, KERETA MENJUNAM KE DALAM PEMBETUNG AIR

Monday 30 June 2014

LIMA BERANAK NYARIS MAUT, KERETA MENJUNAM KE DALAM PEMBETUNG AIR


Chukai: “Mujur mereka lima beranak tidak mati,” kata seorang pengguna jalan raya Wan Afandi Wan Ali, 54, menceritakan kejadian kemalangan sebuah kenderaan yang menjunam ke dalam pembetung air di Kilometer 133, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kijal, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.20 malam, pemandu Toyota Avanza, Abdul Halim Shah Kechil, 49, bersama isteri dan tiga anaknya dalam perjalanan ke Kuantan bernasib baik selepas kenderaan dinaiki mereka terjunam setinggi sembilan meter.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa cuba mengelak sebuah kereta yang memasuki laluannya sebelum tersasar dan terjunam.

Wan Afandi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia sampai di lokasi kejadian sejurus kemalangan itu berlaku jam 11.30 malam.

Kenderaan dipandu mangsa cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya sebelum tersasar dan terjunam.

“Suasana jalan di situ sangat gelap saya bersama beberapa pengguna tidak berani turun ke bawah sebelum bomba tiba.
MyMetro

No comments:

Post a Comment