ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: POLIS TAHAN EMPAT REMAJA CUBA ROMPAK KEDAI SERBANEKA

Thursday 26 June 2014

POLIS TAHAN EMPAT REMAJA CUBA ROMPAK KEDAI SERBANEKA


KUALA LUMPUR: Seramai empat remaja ditahan polis selepas cuba merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam.

Kesemua remaja lelaki itu berusia antara 17 dan 19 tahun, memasuki kedai berkenaan di Tun Hussein Onn di Cheras dengan bersenjatakan parang pada kira-kira pukul 3.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mereka menghayunkan senjata mereka ke arah dua pekerja kedai yang sedang bertugas ketika itu.

"Mujur terdapat pasukan polis yang membuat rondaan di kawasan itu.

"Mereka bergegas ke kedai serbaneka itu dan berjaya menahan kesemua remaja terbabit," tambahnya.

Ab Rashid berkata, kesemua remaja lelaki berkenaan cuba untuk melarikan diri menggunakan dua motosikal.

"Kita merampas motosikal berkenaan dan mengarahkan mereka untuk menjalani ujian air kencing.

"Mereka didapati negatif dadah," katanya.

Ab Rashid menasihatkan ibu bapa untuk memantau di mana anak-anak meeka berada bagi mengelakkan daripada terlibatnya dalam aktiviti jenayah.

"Anda perlu ada rasa bimbang sekiranya anak-anak anda cuba untuk keluar pada lewat malam kerana mereka mungkin bercampur dengan orang-orang yang tidak sepatutnya," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas cubaan merompak.

No comments:

Post a Comment