ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MENYAYAT HATI : SUAMI KUTIP CEBISAN MAYAT ISTERI !!!

Wednesday, 18 June 2014

MENYAYAT HATI : SUAMI KUTIP CEBISAN MAYAT ISTERI !!!



Pagi semalam telah berlaku satu kemalangan ngeri di Jalan Cheras, Taman Segar apabila sebuah motosikal hilang kawalan lalu terbalik selepas dihimpit sebuah kereta mewah ketika melalui sebatang jalan sempit disebabkan pembinaan MRT.
Akibatnya, pembonceng maut serta merta kerana cedera parah hampir di seluruh badan selepas digilis lori pasir manakala penunggang motosikal terselamat selepas jatuh di bahagian tengah antara tayar lori.

Apa yang menyedihkan, mangsa adalah ibu kepada bayi berusia 6 bulan yang dalam perjalanan ke tempat kerja bersama suaminya.
Tambah sayu apabila suami mangsa yang terselamat dalam kemalangan tersebut bergegas menanggalkan baju bagi menutup mayat sebaik sahaja menyedari jasad isterinya berada dalam keadaan menyayat hati.

Si suami kemudiannya turut sama mengumpul cebisan mayat bersama anggota trafik yang tiba.
                                         3
Dia juga berhempas pulas membersihkan darah yang memenuhi jalanraya – sesuatu yang pasti tidak mampu dilakukan kecuali bagi mereka yang berhati cekal dan tabah.
                                         1
Suami tersebut adalah Muhammad Hafiz Ab Rahman, 28, manakala arwah isterinya, Noorshah Ahmad, 35.
Tragedi pahit ini berlaku ketika Hafiz dalam perjalanan menghantar Noorshah ke tempat kerjanya di sebuah kedai roti di Taman Shamelin dari rumah mereka di Batu 9, Cheras.
7
AL FATIHAH...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Noorshah dan terus memberi kesabaran kepada Hafiz dan keluarga yang ditinggalkan.

mynewshub

No comments:

Post a Comment