ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: GAMBAR KEMALANGAN NGERI

Saturday 28 June 2014

GAMBAR KEMALANGAN NGERI





Peronda LPT2 Maut, Rakan Parah Dirempuh Treler

    HULU TERENGGANU – Seorang peronda Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) maut manakala rakannya cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori treler di Kilometer 451 di sini, Jumaat.

    Dalam kejadian pada kira-kira 4 petang itu, Razali Ishak, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya Saifuruddin Mohamad, 25, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di laluan Kemaman ke Ajil LPT2, di sini.

    Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata treler yang membawa muatan minyak masak itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan mangsa yang berhenti di lorong kecemasan.

    Mangsa bersama seorang rakan sekerjanya memberhentikan kenderaan pacuan empat roda milik peronda LPT2 itu untuk memberikan bantuan kepada sebuah kenderaan lain yang mengalami kerosakan, katanya.

    Beliau berkata mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, maut selepas kecederaan parah di kepala dan muka.

    “Akibat rempuhan kuat itu juga, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa tercampak ke tepi lebuh raya manakala treler terbabit turut terbalik,” katanya.

    Pemandu treler berkenaan turut mengalami kecederaan, katanya.

    Mayat dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. 
    mStar Online

    No comments:

    Post a Comment