ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NAUZUBILLAH !!! PELAJAR TAHFIZ MATI TERGANTUNG DALAM TANDAS ASRAMA !!! AL-FATIHAH

Friday 13 December 2013

NAUZUBILLAH !!! PELAJAR TAHFIZ MATI TERGANTUNG DALAM TANDAS ASRAMA !!! AL-FATIHAH



Hari ini satu berita yang mengemparkan berlaku di Maahad Tahfiz Kok Lanas Kelantan , seorang pelajar lelaki di temui mati tergantung di dalam tandas asrama Maahad tersebut.

Mayat mangsa di temuai dengan keadaan telah berbau , mangsa di percayai meninggal dunia lebih pada 3 hari yang lalu.

Perkara ini di sedari oleh pelajar-pelajar di asrama tersebut yang meghidu bau busuk , pemeriksaan di jalankan oleh petugas di situ dan menemuai mayat mangsa tergantung dengan menggunakan kain pelikat didalam bilik air asrama tersebut.

Maklumat mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada pengecaman dari saksi dan tiada maklumat lengkap seperti kad pengenalan mangsa.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 untuk di bedah siasat dan mengenal pasti punca kematian , kes ini sedang di siasat oleh pihak berkuasa mengenai punca sebenar kematian mangsa , Al-fatihah dan Salam Takziah untuk keluarga mangsa.
Sumber
__________________________________________________________________________

As Salam Ydh Dato dan Tuan.

Makluman jumpa seorang mayat lelaki dalam keadaan tergangtung di Asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas kelantan. 

Pengadu : Ahmad Pakharudin bin Deraman,  kpt : 680903-03-5151,umur : 45 tahun, alamat : No 52 Kg Cherang 16600 Pulai Chondong Kelantan. 

Fakta kes :
Pada 12/12/2013 jam l / kurang 9.30 pagi semasa Pengadu buat rondaan dan pemantauan kebersihan di ASRAMA MAAHAD TAHFIZ KOK LANAS dan apabila melalui kawasan tandas pelajar, Pengadu terhidu bau busuk. Pengadu terus beritahu rakan dan terus memanggil Encik Zulrajali (Pengerusi PIBG) dan beritahu hal tersebut. Encik Zulrajali terus ke tempat tandas tersebut dan melihat  dan dapati terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan tergangtung di bilik tandas tersebut.  

Tindakan :
IO bersama jurugambar Kpl Shahrukamar dan anggota detektif standby Kpl Ilias dalam perjalanan ke tempat kejadian. 
Telah maklumkan kepada Forensik IPK ( berada di Bachok )
IO bersama Pasukan Forensik Hospital dan Doktor melawat tempat kejadian.
Kejadian berlaku di tandas Asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas,16450 Kota Bharu, Kelantan.  Tandas mempunyai 2 pintu utama ( keluar masuk ), 10 pintu tandas ( 5 sebelah kiri dan 5 sebelah kanan. Kejadian di pintu tandas no.3 sebelah kanan. Pintu tandas berkunci dari dalam. Terdapat sebatang kayu saiz 2x3 inci sepanjang l/kurang 7 kaki di bahagian atas. Mangsa tergantung, menggunakan kain sarung pelikat berbaju tetapi tanpa seluar. Ditempat kejadian, dijumpai pakaian seperti baju, seluar dan kaca mata:disyaki milik mangsa dan terdapat juga darah dan najis diatas lantai.

Hasil temubual Pengadu. Memaklumkan bahawa jumlah Keseluruhan pelajar adalah seramai 382 orang dan hanya 22 orang sahaja yang masih tinggal kerana mengikuti pengajian agama secara insentif sejak tamat peperiksaan SPM 2013, dan kesemua 22 orang pelajar didapati berada dalam hostel ( setelah dibuat rollcall pagi tadi dan disahkan tiada yang hilang ). 
Hasil temubual saksi nama Ayadi Muhadzir bin Khusairi, pelajar di Maahad tersebut dapati pintu tandas tersebut telah tertutup sejak hari sabtu@7/12/13 semasa mahu pergi mandi, tiada bau apa-apa. 

Disyaki kayu tersebut di ambil dari luar tempat projek pembaikpulih asrama tersebut ( baiki longkang, mengecat dan baiki syiling - telah bermula sejak 3 minggu lepas, tiada saksi dari pekerja berkenaan ).

Maklumat mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada pengecaman dari saksi dan tiada maklumat diri seperti kad pengenalan.  Mangsa sekarang ini di bawa ke Forensik HRPZ II untuk siasatan lanjut.

Sekian terima kasih Tuan.

No comments:

Post a Comment