ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PESAWAT RINGAN TERBABAS KETIKA LAKUKAN PENDARAT

Monday 1 December 2014

PESAWAT RINGAN TERBABAS KETIKA LAKUKAN PENDARAT


KOTA BHARU: Seorang juruterbang pelatih terselamat apabila pesawat ringan digunakan untuk latihan penerbangan terbabas ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, Isnin.
Pengurus LTSIP, Ramzi Ahmad, berkata dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, juruterbang berusia 37 tahun, yang mengendalikan pesawat jenis Pipper 9M-NRS, itu mengalami kecederaan ringan.
"Pesawat itu mengalami kerosakan dan juruterbang berkenaan dilaporkan selamat namun kita akan serahkan kes ini kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya semasa mendarat, pesawat berkenaan dipercayai terbabas ke kawasan rumput di tepi landasan.
Ramzi berkata, operasi penerbangan di lapangan terbang itu diteruskan seperti biasa selepas pesawat ringan itu dialihkan daripada lokasi kejadian kira-kira dua jam selepas kejadian itu.

Photo: #DTrSemasa #DTR

Terhempas ketika latihan
Oleh Mai Amalina

Kota Bharu: Seorang jurutera sebuah syarikat penerbangan berusia 37 tahun cedera selepas pesawat ringan jenis Piper dipandu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi tadi.

Jurutera itu yang juga ahli Kota Bharu Flying Club (KBFC) sedang dalam latihan selama sejam sebelum pesawatnya gagal dikawal ketika mahu mendarat.

Ketua Pilis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, mangsa sudah memiliki lesen L dan latihan itu memfokus kepada latihan penerbangan turun dan naik pesawat.

"Dia memandu pesawat itu secara solo dan latihan sebagai sebahagian daripada prosedur mendapatkan lesen penerbangan persendirian.

"Kejadian dipercayai akibat kesilapannya mengawal pesawat," katanya.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
~>hmetro

No comments:

Post a Comment