ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAT RAZI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN PENGKALAN KUBOR

Monday 13 October 2014

MAT RAZI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN PENGKALAN KUBOR



Kota Bharu: Mat Razi Mat Ail, 48, daripada Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, di hadapan Speaker Datuk Abdullah Ya'kub.

Kemenangan Mat Razi itu mengekalkan status quo apabila BN kekal menguasai 12 kerusi DUN, PAS (32) dan PKR (satu).

Pada PRK itu, Mat Razi, menang dengan majoriti 2,635 undi selepas mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, yang menerima 38 undi sahaja. Mat Razi pada PRK itu berjaya menambah majoriti sebanyak 899 undi berbanding penyandang Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lalu. - Bernama

No comments:

Post a Comment